Seorang lelaki menyerah diri kepada pihak polis selepas menikam seorang mangsa sehingga mati di hadapan sebuah kedai dalam pusat beli-belah di Phuket, Thailand pada Sabtu.
Menurut Thaiger, suspek berusia 35 tahun itu telah menikam mangsa, 49 tahun di sebuah pusat beli belah di Ong Sim Phai Road di daerah Mueng, Phuket.
Difahamkan, suspek mendakwa bahawa dia telah menikam orang yang salah kerana berfikir bahawa mangsa ialah musuhnya.
Bagaimanapun, mangsa yang ditikam sebanyak empat kali di perut tersebut disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Sementara itu, suspek dikatakan sempat melarikan diri dengan mengambil beg, rantai emas dan barang berharga milik mangsa.
Menurut The Thaiger, polis menjumpai pakaian pembunuh di dalam pusat beli-belah di kawasan taman permainan manakala barangan milik mangsa ditemui di luar pusat beli-belah.
Hal tersebut telah menyebabkan mangsa kemudiaanya menyerah diri di Balai Polis Mueng Phuket pada tengah hari, hari yang sama.
Suspek juga mengaku bahawa dia telah menikam mangsa kerana salah faham.
Malah, suspek turut menjelaskan bahawa di menyangka mangsa adalah musuh lamanya lalu bertanya kepada mangsa.
Mangsa yang menidakkan bahawa dia bukanlah musuh lamanya itu tetap ditikam oleh suspek beberapa kali.
Bagaimanapun, akibat kesal dengan tindakannya itu, suspek lantas memutuskan untuk menyerahkan diri dan kini berada dalam tahanan polis.
Menurut anggota polis yang bertugas, suspek dikatakan telah cuba untuk membunuh diri di dalam penjara.
Difahamkan, suspek boleh dijatuhkan hukuman mati kerana didakwa dengan kesalahan membunuh dan mencuri.

Sementara itu isteri mangsa, 48 dan anak perempuannya, 24, pergi ke Balai Polis Mueng Phuket untuk membantah permintaan suspek untuk mendapatkan jaminan.
Sementara, anak perempuan mangsa mendedahkan kepada pihak media bahawa dia terkilan dengan pihak polis.
Hal ini kerana pihak polis tidak melaporkan kejadian tersebut kepada keluarganya sebaliknya hanya mendapat tahu selepas suspek menyerahkan diri.
Malah, anak mangsa mahukan polis bersikap lebih telus dan bekerja dengan lebih pantas.
Bapanya seorang yang baik, suka membantu orang dan tidak mempunyai musuh dalam hidup. Difahamkan semua kawan-kawan amat menyayangi bapanya, tambah anak mangsa.
Sumber: Thaiger