Uji Bakat Melukis Dari Satu Garisan, Cikgu ‘Belanja’ Karya-karya Kreatif Luar Biasa Anak Murid
Semasa di bangku sekolah, biasanya kita jarang melihat rakan sekelas yang memiliki bakat dalam lukisan. Kalau ada pun, boleh dikatakan hanya satu dua orang sahaja. Paling tidak pun, kita atau rakan-rakan hanya memperagakan bakat melukis masing-masing ketika subjek Pendidikan Seni dan Visual diajarkan je kan.
Ada juga yang merasakan kelas Pendidikan Seni Visual sebagai sebuah subjek yang menakutkan. Ada yang tangan kaku ketika melukis, sukar untuk mencampurkan warna-warna pada lukisan dan ada yang tidak pernah dapat A pun sepanjang belajar subjek tersebut.
Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin tidak berlaku di sekolah aliran seni ataupun mereka yang mengambil subjek pengkhususan dalam seni lukis.
Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Cikgu Fizah (@cgfizah) telah memuat naik satu video kompilasi hasil karya anak-anak muridnya yang sangat menakjubkan.
Untuk makluman, Cikgu Fizah merupakan seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Pada masa yang sama, beliau turut memiliki opsyen pengajaran bagi subjek Sejarah. Dalam video tersebut, dia sedang membuat satu aktiviti kelas ketika melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk subjek Pendidikan Seni Visual.
Beliau telah memberikan sehelai kertas yang mengandungi bentuk separuh hati kepada anak muridnya. Berdasarkan bentuk hati yang tidak lengkap itu, Cikgu Fizah meminta mereka untuk melengkapkan garisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan melukis bentuk hati daripada garisan yang diberikan itu.

Setelah diberikan masa untuk meluahkan segala kreativiti yang terbuku dalam minda, akhirnya murid-muridnya berjaya melengkapkan bentuk tersebut dengan hasil-hasil yang menakjubkan. Untuk menjadikan sesi kelas tersebut sebagai satu kenangan yang tidak akan dilupakan, Cikgu Fizah kemudian telah menghasilkan dua video TikTok yang mengumpulkan karya-karya kreatif anak muridnya.
Berikut merupakan beberapa hasil karya mereka.
Salah satu karakter dalam permainan popular semasa waktu PKP, AMONG US

Mesti masa cikgu bagi tugasan ni, dia terus nampak correction tape atas meja dia. Ini betul ambil inspirasi dari apa yang ada dekat depan mata

Adakah ini yang dimaksudkan dengan peribahasa ‘kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga’? Ini mahu boleh dapat ikan paus.

Adik ni dah boleh buat jual ‘art berat’ dekat Pasar Seni ni

Jelaslah, generasi pada masa ini memiliki daya kreativiti yang melimpah ruah. Aktiviti ini dapat membantu mereka untuk berfikiran luar kotak. Benda yang dilukiskan merupakan imej yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita.
Dibawah adalah kompilasi sebahagian lukisan-lukisan yang dihasilkan pelajar Cikgu Fizah.
BACA: “Cancer Survivor” & Ayah Buat Kayuhan Amal, Sasar Kumpul RM 10k Nak Bantu Pesakit Kanser Lain
Kredit: @cgfizah via TikTok