Ini Lima Jenis Latihan Yang Boleh Di Lakukan Untuk Kesihatan Mental Anda
Hari ini, orang ramai mula menitikberatkan soal kesihatan mental, sama ada untuk diri sendiri mahupun melibatkan diri orang lain. Psikologi dan mental yang tidak terjejas dapat menjamin kualiti hidup yang lebih sejahtera.
Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bagaimana mahu menjaga kesihatan mental ini. Adakah sama seperti menjaga kesihatan tubuh badan, makan makanan yang sihat-sihat, tidak merokok dan sebagainya?
Justeru, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda satu thread daripada pengguna Twitter, @Axfyna yang menyenaraikan lima jenis latihan dipercayai boleh meningkatkan kesihatan mental anda.
Jom ikuti perkongsian tersebut dibawah.
Cuba senaman yang menyeronokkan ini untuk meningkatkan kesihatan mental anda
1# Menari

Menari boleh membantu otak anda menjadi lebih aktif. Selain itu, ia juga boleh menajamkan daya ingatan dalam otak anda. Anda tidak semestinya perlu pergi ke kelas tarian untuk menari. Anda boleh melakukannya di rumah. Hanya hidupkan YouTube dan menari sesuka hati.
2# Mendengar muzik

Mendengar muzik boleh meningkatkan kreativiti otak anda. Menurut penyelidikan, mendengar lagu yang berirama rancak dapat membantu dalam menjana penyelesaian inovatif daripada hanya berdiam diri.
Anda juga boleh belajar bermain alat muzik seperti drum, guitar, piano dan lain-lain. Tidak pernah terlambat untuk berbuat demikian.
3# Cuba sesuatu yang baru setiap hari

Anda tidak perlu berpegang kepada rutin harian selalu anda lakukan setiap hari. Sebagai contoh, anda mungkin mengambil laluan yang lebih panjang untuk ke tempat kerja. Selain itu, anda juga boleh mencuba menunggang basikal dan bukannya memandu kereta.
Dengan melakukan ini ianya akan meningkatkan daya ingatan anda dan meningkatkan keyakinan di dalam diri, anda pasti akan terkejut bagaimana pemikiran anda akan berubah menjadi lebih baik.
4# Belajar bahasa baru

Menurut kajian, bercakap lebih daripada satu bahasa membantu meningkatkan daya ingatan anda. Selain itu, ia akan membantu meningkatkan kemahiran visual dan mempunyai minda yang kreatif.
Terdapat banyak cara untuk mempelajari bahasa baharu. Cuba muat turun aplikasi Duolingo untuk mencuba belajar bahasa dengan cara yang menyeronokkan!
5#Bermain permainan kad atau teka-teki jigsaw

Tidak kira anda muda atau tua. Tiada had umur untuk bermain permainan. Bermain permainan mini boleh merangsang kemahiran berfikir anda.
Jadi marilah kita mula bersenam untuk otak kita supaya kita tetap sihat dan bertenaga. Apa tunggu lagi, ayuh utamakan kesejahteraan mental kita.
BACA: Tak Sama Macam Main ”Single“, Abang Ni Ajar Teknik Betul Nak Buat “Service Double” Badminton
Sumber: Alfina Bashir dari Swifty via Twitter, Healthline