Siakap Keli
Kredit: user3682656761444/Tiktok

Terbalik Pula, Viral Gelagat Kucing Guna Pancing Mainan, Acah Dekat Tuannya ‘Suruh’ Main

“Sekarang Giliran Saya” Gelagat Kucing Mengusik Tuannya Menggunakan Mainannya Raih Perhatian Netizen

Kucing adalah haiwan perliharaan yang menjadi pilihan orang ramai. Sifatnya yang santai dan kadang-kala mencuit hati pasti mampu mengukir senyuman pada wajah pemiliknya. Malah, ada juga yang menganggap bahawa kucing adalah teman hidup dan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Penggunaan panggilan mummy, daddy dan adik ketika berbicara dengan kucing sudah menjadi kebiasaannya ramai.

Kadang-kadang ramai yang suka mengusik kucing peliharaan mereka kerana teletah comelnya. Mainan-mainan khas seperti bola, bulu pelepah, tali dan sebagainya kita beli untuk dimainkan bersama-sama kucing. Banyak juga video-video lucu kucing dengan permainannya viral di media sosial, dan itu adalah perkara biasa.

Tetapi, apa yang luar biasanya apabila baru-baru ini, satu video menjadi bualan ramai apabila menunjukkan seekor kucing ‘menggunakan’ mainannya untuk mengusik si tuan. Ia menjadi tular kerana dianggap terbalik dan diluar normal hubungan seekor kucing dengan tuan.

Video berkenaan telah dikongsi oleh akaun @user3682656761444 di Tiktok dengan kapsyen ‘This cat is teasing people with toys‘.

Dalam video tersebut, kucing tersebut memegang tali pancing mainan dan mengusik tuannya yang dilihat sedang berbaring, seolah-olah mengajak untuk bergurau.

@user3682656761444

#question from @user3682656761444 do you love me #catsoftiktok #cute#pets #foryou

♬ dumb dumb – sped up – mazie

 

Perkongsian berkenaan nyata berjaya menarik minat orang ramai yang sangat teruja melihat sesuatu yang baru daripada video tersebut. Kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa teruja dan pada masa yang sama geli hati melihat adegan berkenaan.

Ada juga yang sempat bergurau dengan berkata, kucing mungkin sudah mengambil alih dunia tanpa sedar dan manusia kini menjadi peliharaannya.

Video tersebut telah menerima lebih daripada 559,000 tontonan dan 43,400 tanda suka.

BACA: Video Kucing Bersantai “Enjoy” Rawatan Spa Buat Netizen “Jealous”

Sumber: user3682656761444 via Tiktok

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.