Siakap Keli
Kredit: Twitter

Teringin Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara, Pemuda Kongsi Cara Nak ‘Buru’ Biasiswa Tampung Kos Pengajian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang memasang impian untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, khususnya pengajian tahap tertiari. Kualiti pendidikan peringkat siswazah di negara kita sudah di tahap yang baik tetapi, kita masih ingin menimba pengalaman berharga semasa merantau di negara orang lain.

Namun, disebabkan faktor nilai mata wang dan kos pengajian yang tinggi, ramai anak-anak Malaysia terpaksa melupakan hasrat mereka untuk belajar di luar negara. Terdapat satu cara yang dapat membantu mereka untuk mendapatkan dana yang mencukupi sewaktu belajar di luar negara iaitu mendapatkan biasiswa bagi menampung kos pengajian.

Malangnya, kuota biasiswa tidak besar dan pemohon-pemohonnya terpaksa bergelut dalam satu persaingan yang sangat sengit

Jangan khuatir, seorang pengguna Twitter, Akram Noor (@silly_boney) telah berkongsikan cara untuk ‘memburu’ biasiswa-biasiswa yang dapat membantu anda untuk membayar kos pengajian, tidak mengenal pengajian dalam atau luar negara.

Untuk makluman, Akram Noor menulis ciapan ini berdasarkan pengalamannya sendiri selepas membuat permohonan  untuk tujuh biasiswa dan berjaya mendapatkannya.

Apa yang anda perlu tahu sebelum memohon biasiswa?

Biasanya, proses permohonan biasiswa memiliki beberapa peringkat. Pertama sekali, terdapat tapisan CGPA, kokurikulum dan penulisan esei bagi semua pemohon yang memohon biasiswa tersebut. Apabila anda berjaya pada peringkat tersebut, anda akan diminta untuk menjawab kuiz dan menghadapi penilaian untuk peringkat seterusnya. 

Seterusnya, jika anda berjaya mendapatkan skor yang tinggi dan mendapat penilaian yang baik, anda perlu menghadiri bengkel untuk mempamerkan kemahiran anda dalam kerja berkumpulan. Apabila anda berjaya memberikan penampilan yang menarik, anda akan sampai ke peringkat terakhir permohonan biasiswa iaitu menghadiri temuduga. 

Bagi Akram, beliau merasa mudah pada peringkat tapisan awal dan temu duga tetapi , merasakan peringkat kuiz dan bengkel merupakan bahagian yang sukar sewaktu menjalani proses permohonan. Walau bagaimanapun, tahap kesukaran bagi peringkat-peringkat permohonan ini bergantung pada individu masing-masing.

Bagi biasiswa di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA, ia berbeza-beza bergantung pada kursus yang dimohon. Kebanyakannya tidak memerlukan pemohon untuk menghadiri temu duga dan bengkel.   

Setelah memahami bagaimana pemohon biasiswa dinilai menerusi beberapa peringkat, Akram memberikan beberapa tips kepada anda untuk berjaya mendapatkan biasiswa idaman anda.

1. Yakin

Semasa peringkat bengkel, ia sudah kelihatan jelas bahawa pihak panel lebih cenderung untuk memilih calon yang petah bercakap dan yakin ketika memberikan pendapat.

Diingatkan semual bahawa pihak panel telah nmelakukan tapisan dari segi CGPA dan penglibatan kokurikulum. Jadi, semua pemohon yang terpilih semasa peringkat bengkel dan temu duga akan memiliki tahap kepandaian yang serupa.

Pada masa itu, mereka hendak melihat siapa yang lebih menyerlah dari segi personaliti, kepimpinan dan karisma semasa bercakap. Masih tidak terlambat untuk mendapatkan keyakinan.

Berlatih sampaikan mesej dan ayat penuh serta disokong dengan bukti. Tidak menjadi satu masalah jika anda memiliki suara perlahan, asalkan ayat tersusun dan mesej sampai kepada pendengar.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

2. Pantas dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Mudah

Ini biasa diuji sewaktu peringkat kedua. Mereka akan memberikan sosalan kepada pemohon dan menilai dari segi, berapa jumlah soalan yang dijawab dan jawapan yang tepat.

Kalau nak main tembak tanpa membuat sebarang engiraan, ia merupakan satu kesilapan yang besar. Akram menasihatkan agar pemohon mencari kuiz dan penilaian matematik di ats talian. Buat latihan dan fahamkan bentuk soalan.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

3. Fasih Berbahasa Inggeris

Ya, calon yang fasih berbahasa Inggeris akan lebih mudah dipilih. Secara umumnya, anda bukan sahaja akan ditaja tetapi diri anda akan membawa imej dan reputasi syarikat yang menaja anda. Mereka akan cari orang yang petah bercakap kerana mereka tahu bahawa anda merupakan seorang yang hebat dalam komunikasi dan perhubungan secara semula jadi.

Sebaiknya, anda perlu atas sikit dari tahap “broken English”. Kukuhkan asas bagi bahasa Inggeris anda. Luaskan kosa kata dan tidak perlu menguasai tatabahasa dengan terlalu sempurna pun. Pentingkan penyampaian dan pastikan mesej dan disampaikan dengan baik.

Gambar hiasan | Kredit:: Pixabay

4. Mohon semua!

Akram menggunakan logik, lagi banyak kita mohon, lagi tinggi kebarangkalian untuk mendapatkannya sekurang-kurangnya satu. Beliau pernah menghantar permohonan biasiswa Maybank, TheStar Education, Wilayah Persekutuan Scholarship, Yayasan Daya Diri, JPA, Mara, Bank Rakyat, International PG Scholarship (UoS) dan Gamuda.

Lagi mudah kalau anda mendaftar di bawah agen konsultan pendidikan seperti dirinya. Untuk makluman, tiada kos yuran yang dikenakan dan Akram dapat biasiswa yang disarankan oleh pihak mereka.Anda boleh cuba untuk menghubungi Malaysia Recruiter, tetapi pastikan anda serius, bukan hanya ingin main cuba-cuba. 

5. Peka dan Bersifat Fleksibel

Mengenai  tarikh Buka dan tarikh tutup permohonan biasiswa, kebiasaannya sangat singkat. Anda mesti bersifat peka! Kebanyakannya akan dibuka sekitar Mac-April dan Ogos-September setiap tahun. Anda boleh melihat tawaran-tawaran ini menerusi laman web Afterschool dan ia sangat tersusun.

Diingatkan bahawa anda perlu pantas ketika menyediakan dokumen. Jangan bertangguh kerana kebanyakan dokumen akan meibatkan beberapa entiti berbeza seperti pensyarah, penyelia, bos tempat kerja, ibu bapa dan sebagainya. Antara dokumen yang biasa diminta iaitu, surat sokongan daripada universiti, keputusan IELTS, transkrip dan resume/CV.

6. Team player

Kurangkan semangat individualisme dan bergaul dengan lebih ramai orang. Pihak penaja bukan hanya mencari calon yang bijak dan  terlalu ramai yang bijak. Mereka juga mencari orang yang mudah untuk mengadaptasi dan bergaul dengan persekitaran, terutamanya untuk berkerja dengan staf sedia ada.

Akram juga memberikan tips agar calon untuk kurangkan sifat mengarah orang. Jangan sesekali memperlekehkan ahli kumpulan anda semasa bengkel.

Banyakkan berbincang dan menghargai hasil kerja ahli kumpulan anda. Dari situ, anda akan mendapat poin yang tinggi.  Seimbangkan sifat suka monopoli dan kuat mengawal.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh menonton video Youtube Akram Noor menerusi pautan di bawah.

Sumber: Akram Noor via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma