Banjir diramal boleh berlaku di empat buah kampung di daerah Pasir Mas awal pagi esok, seawal jam 2 pagi menurut simulasi model ramalan banjir yang dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lapor BERNAMA sebentar tadi.
Empat kampung berkenaan adalah Kg Kubang Rambutan, Kg. Bagus, Kg. Degung, Kg. Telaga Emas dan kawasan sekitarnya.
Berdasarkan simulasi berkenaan, banjir berkenaan boleh berlaku sekitar pukul 2 pagi sekiranya hujan yang signifakan berlaku di lembangan Sungai Golok. Bagaimanapun, banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat bergantung kepada keadaan semasa di lokaliti tersebut.
Justeru, semua penduduk di kawasan yang dinyatakan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau agens-agensi pengurusan banjir.
AMARAN BANJIR NEGERI KELANTAN
LEMBANGAN SUNGAI GOLOKBerdasarkan simulasi model ramalan banjir, @jps_malaysia meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di lokasi & waktu sprt berikut sekiranya hujan yang signifikan berlaku di lembangan Sg Golok.#KeluargaMalaysiaSiagaBencana pic.twitter.com/nffBG51oA0
— NADMA Malaysia (@mynadma) November 5, 2022
Maklumat dan amaran banjir akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook 2PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.
Sumber: NADMA Malaysia