Siakap Keli

Bekas Perdana Menteri Israel, Netanyahu Bakal Kembali Berkuasa Selepas Parti Menang PRU

Bekas Perdana Menteri Israel, Netanyahu Bakal Kembali Berkuasa Selepas Parti Menang PRU

Bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bakal kembali ke tampuk pemerintahan selepas pengiraan undi akhir daripada pilihan raya umum yang diadakan minggu ini menunjukkan dia dan parti sekutu sayap kanannya memperolehi majoriti yang jelas di parlimen.

Menerusi keputusan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya pilihan raya berdasarkan 99 peratus undi yang sudah dikira, Parti Likud pimpinan Netanyahu telah memenangi 32 daripada 120 kerusi Parlimen Israel, Knesset.

Netanyahu menerima sokongan pihak pakatan sayap kanan menjadikan keseluruhan 64 kerusi dimenanginya berbanding lawan, Perdana Menteri Sementara, Yair Lapid yang memperoleh 51 kerusi. Keputusan ini menandakan berakhirnya era kebuntuan politik Israel yang belum pernah terjadi sebelum ini, dimana memaksa lima pilihan raya diadakan dalam tempoh kurang daripada empat tahun.

Setelah memenangi pilihanraya tersebut beliau telah menerima ucapan tahniah daripada pesaingnya Lapid dan beberapa orang kenamaan seperti Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, Viktor Orban dari Hungary, sekutu lama Netanyahu dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang menyuarakan harapan untuk era baharu dalam hubungan dua hala.

Zelensky sebelum ini menyatakan kecewaannya di atas keenganan Israel dibawah pemerintahan Lapid untuk mengirim senjata ke Ukraine bagi berdepan dengan Rusia. Bagaimanapun pemerhati berpendapat, Netanyahu mungkin tidak akan mengubah pendirian berkenaan memandangkan Israel lebih mengutamakan hubungan baiknya dengan Rusia.

Netanyahu berjaya membuat kemunculan semula selepas 14 bulan bergelar pembangkang biarpun dihimpit dengan kes rasuah, yang dinafinya, dan perbicaraan kesnya akan bersambung semula di mahkamah Isnin ini.

BACA: Borang Pencalonan Calon PH Ditolak, Saingan 1v1 BN & PN Di DUN Kemayan, Pahang

Sumber: AFP

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.