Siakap Keli
darah beku kaki
Gambar: NHS, Dr. Amalina Bakri

Dr. Amalina Dedah Alasan Keluar Berjalan Perlahan-lahan Lepas Bersalin Apabila Mampu, Mahu Kurangkan Risiko Kena DVT

Dr. Amalina Dedah Alasan Keluar Berjalan Perlahan-lahan Lepas Bersalin Apabila Mampu, Mahu Kurangkan Risiko Kena DVT

Selepas melahirkan anak, sudah menjadi amalan turun temurun khususnya wanita di Asia termasuk di Malaysia untuk menjalani tempoh berpantang. Ia boleh disamakan sebagai waktu berehat beberapa bulan untuk si ibu memulihkan tenaga dalam badan selepas sembilan bulan mengandung dan melahirkan anak. Biasanya, ketika dalam tempoh berpantang, si ibu disarankan untuk tidak banyak bergerak dan menjaga pemakanan.

Menerusi perkongsian Dr Amalina Che Bakri di Instagramnya, yang baru sahaja menlahirkan anak sulungnya baru-baru ini, beliau berkongsi kebaikan untuk keluar berjalan bagi wanita yang baru melahirkan anak. Menurutnya, alasan keluar berjalan secara perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin adalah kerana mahu mengurangkan risiko terkena DVT.

DVT atau deep venous thrombosis adalah keadaan darah beku di kaki dan wanita mengandung serta yang baru bersalin berisiko tinggi berdepan masalah ini.

Simptom DVT

Antara simptom DVT di kaki ialah anda akan mengalami sakit, bengkak pada sebelah kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis), sakit kemungkinan lebih teruk apabila anda berjalan dan kulit akan menjadi merah, terutamanya di bahagian betis.

Menurutnya lagi jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, ia boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru dan keadaan itu dipanggil PE atau pulmonary embolism. Sekiranya berlaku, anda memerlukan rawatan kecemasan segera.

Simptom PE

Antara simptom-simptom anda mengalami PE adalah seperti kesukaran bernafas secara tiba-tiba, mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang dan batuk berdarah. Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan dan sehingga 6 minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.

Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar 

Risiko untuk anda mendapat DVT semasa hamil adalah lebih besar sekiranya anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini, berusia lebih 35 tahun, obesiti (BMI 30 atau lebih), pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius seperti patah kaki, mempunyai masalah blood clots (trombofilia), sedang mengandung anak kembar atau multiple babies, telah menjalani rawatan kesuburan, menjalani pembedahan caesarean, mer0kok, mempunyai vena varikos (varicose veins) yang teruk dan mengalami dehidrasi.

Manakala bagi mereka yang lepas bersalin dan berisiko tinggi seperti contoh, selepas Caesarean section akan diberi suntikan untuk mengelakkan darah beku dan digalakkan memakai TED stokin, gerakkan jari kaki dalam gerakan membulat untuk membantu pengaliran darah.

Cara Mencegah DVT

Dr Amalina turut berkongsi cara untuk mencegah DVT dengan mengekalkan berat badan yang sihat, kekal aktif seperi berjalan kaki, minum air 2 hingga 3 liter air kosong untuk mengelakkan dehidrasi, jangan duduk untuk jangka masa yang lama dan sentiasa bangun dan bergerak setiap jam, jangan menyilang kaki semasa anda duduk kerana ianya boleh menyekat aliran darah, jangan merokok dan minum alcohol.

Rata-rata komen bersetuju dengan perkongsian oleh Dr Amalina di media sosialnya.

Semoga pendedahan baharu yang diberikan oleh Dr Amalina ini dapat memberi manfaat kepada ibu mengandung yang bakal melahirkan cahaya mata dan melalui proses berpantang.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sumber: Dr Amalina Bakri via Instagram

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.