Siakap Keli
peminat nyanyi sendiri konsert sheila on 7
Gambar: Tangkap layar video viral

Tak Payah Nyanyi, Peminat Nyanyikan Sendiri Lagu ‘Dan’ Ketika Konsert Sheila On 7

Peminat yang menghadiri konsert persembahan kumpulan pop rock ‘legenda’ Indonesia, Sheila on 7 nyanyi sendiri lagu dinyanyikan band tersebut.

Bagi peminat fanatik penyanyi-penyanyi Indonesia, siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan Sheila On 7? Namanya sahaja boleh membuatkan ramai mengimbau kenangan lama, yang membuatkan mereka ‘galau’. 

Kumpulan pop rock terkenal Indonesia itu, Sheila On 7 atau dikenali sebagai So7 tidak pernah gagal membuatkan ribuan peminatnya diselubungi rasa sendu apabila mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh mereka.

Mempunyai lirik yang mendalam serta alunan muzik yang merdu, setiap bait perkataan yang dinyanyikan berjaya ‘melumpuhkan’ para pendengar ekoran memberikan kesan yang mendalam serta makna yang terkait rapat dengan hidup.

Baru-baru ini, tular di media sosial, So7 menjalankan sebuah persembahan di khayalak ramai di satu lokasi di Indonesia yang ternyata telah menarik perhatian warganet terutamanya di Malaysia.

Dalam video tular itu, So7 dilihat sedang menyanyikan lagu Dan yang merupakan antara karya hits yang ditulis oleh salah seorang anggota mereka, Eross Candra.

Biasanya dalam mana-mana konsert, ada sesekali penyanyi akan memberi ruang kepada penonton untuk menyanyi bersama-sama mereka.

Walaupun Dan dikeluarkan pada tahun 1999, namun penonton sudah cukup hafal dan sangat menghayati lagu tersebut sehingga suara mereka lebih kuat berbanding S07 sendiri.

Peminat nyanyi bahagian kemuncak

Pada permulaan lagu, vokalis So7 Akhdiyat Duta Modjo menyanyi lagu tersebut diiringi oleh  para peminat sebagai suara latar belakang.

Namun apabila tiba di bahagian korus, Akhdiyat dilihat memberi ruang kepada penonton untuk meneruskan nyanyian dan dia menyanyi tanpa menggunakan mikrofon. 

Suasana di situ terlihat indah, disebabkan oleh semua penonton menyanyi bersama dan tidak mempunyai sebarang kecacatan walaupun Akhdiyat Duta Modjo tidak ‘bersuara’.

Disebabkan kumpulan pop rock itu berjaya mencuri hati para peminat tahun 1995 ke atas, kebanyakan mereka sudah menghafal lagu tersebut tanpa perlu membaca lirik di telefon pintar masing-masing.

Susulan itu, warganet dari Malaysia turut merasai gelombang ‘galau’ oleh So7 semasa lagu tersebut dimainkan dan turut merindui mereka disebabkan sudah lama tidak membuat kemunculan baharu pada tahun ini.

Bagi peminat-peminat lama So7, mereka turut berharap kumpulan itu dapat membuat konsert di Malaysia kerana ingin nyanyi bersama seperti yang dilakukan oleh negara jiran.

Reaksi netizen

Menerjah di ruangan komentar, ramai netizen meluahkan rasa gembira dan sayu mereka apabila menonton video konsert tersebut. Malah ada yang mengatakan, konsert itu seakan mengimbau semula kenangan zaman kanak-kanak dahulu.

“Childhood memories..” kata Quraisya.

Malah tidak kurang juga ada sebahagian peminat Malaysia menyeru agar band kesayangan mereka itu boleh datang ke negara ini juga satu masa nanti.

“Tolonglah datang Malaysia!” kata seorang pengguna.

Untuk melihat sendiri suasana ‘galau’ konsert S07 seperti yang diceritakan, boleh tonton menerusi video yang disertakan di bawah.

@itsbillll1

Lupakanlah saja diriku, Bila itu bisa membuatmu, kembali bersinar dan berpijar Seperti dulu kala. #dan #dansheilaon7 #sheila #sheilaon7 #sheilaonseven #dutasheilaon7 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Dan… (Album Version) – Sheila On 7

Sumber: @itsbillll1 via Tiktok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.