Siakap Keli
Sumber: detikhealth & Shutterstock

Hati-hati, Ibu Hamil Perlu Elak Guna Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Empat Jenis Bahan Ini

Hati-hati, Ibu Hamil Perlu Elak Guna Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Empat Jenis Bahan Ini

Setiap wanita hamil menginginkan kulit yang cantik berseri dan wajah yang tidak kusam. Ini kerana ibu hamil dikatakan akan mengalami perubahan hormon yang boleh memberikan kesan kepada kulit.

Sebagai contoh, perubahan-perubahan yang boleh berlaku pada kulit adalah seperti hiperpigmentasi, tanda regangan, dan kekeringan.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan produk kecantikan tertentu, anda diingatkan agar tidak menggunakan produk kecantikan yang sembarangan kerana dikhuatiri bahan kimia di dalamnya boleh menjejaskan kandungan.

Terdapat kebarangkalian bahawa rutin penjagaan kulit memerlukan pelarasan yang agak besar apabila seorang wanita hamil.

Disini, kami ingin berkongsi beberapa bahan kimia dalam produk kecantikan yang perlu di elakkan oleh ibu hamil. Perkongsian ini kami bawakan daripada seorang pakar kecantikan di laman twitternya yang di kenali Dr Ingky.

Bahan-bahan yang perlu dielakkan semasa mengandung

1# Retinoid

Elakkan retinoid retinol atau mana-mana derivatif Vitamin A. Vitamin A memang penting untuk perkembangan janin namun dos tertentu boleh menyebabkan kelahiran cacat dan keracunan hati. Retinoid kebanyakannya terdapat dalam penjagaan kulit anti-penuaan, jadi jangan lupa untuk menyemak bahan-bahan sebelum anda menggunakannya

2# Hidrokuinon

Hidrokuinon mempunyai penyerapan tahap tinggi dalam aliran darah. Bahan ini berbahaya untuk bayi di dalam kandungan kerana bayi mungkin menyerap bahan tersebut juga.

Bahan ini biasanya digunakan dalam produk mencerahkan kulit. Wanita yang mengalami kulit kusam ketika mengandung sebaik-baiknya elak menggunakan produk pemutihan kulit. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada janin. Ini termasuklah jika ingin melakukan facial atau memakai mask.

3# Asid salisilik

Bahan kimia lain yang ada dalam produk perawatan dan berbahaya kepada kandungan adalah asid salislik. Bahan ini sering dijumpai dalam produk penjagaan wajah seperti pencuci, toner dan pengelupasan.

Sebaiknya saat hamil, cari pembersih wajah yang benar-benar mengandungi bahan selamat.

4# Phthalates

Phthalates boleh membahayakan janin dan menyebabkan kelahiran pramatang, praeklampsia, gangguan glukosa, cryptorchidism bayi, iaitu apabila testis tidak berada dalam kedudukan yang betul, hipospadia bayi, iaitu apabila uretra tidak berada dalam kedudukan yang betul dalam zakar, jarak yang dipendekkan antara dubur dan alat kelamin pada bayi baru lahir dan sekatan pertumbuhan.

Bukan setakat ibu hamil, kanak-kanak dan orang dewasa harus mengelakkan bahan-bahan ini kerana terdapat bukti mengatakan bahawa phthalates boleh mengganggu fungsi hormon.

Secara ringkasnya, ibu mengandung perlu berhati-hati semasa memilih produk penjagaan kulit. Sentiasa baca label produk sebelum memakainya pada kulit anda.

BACA: Dua Lelaki Nepal Ditahan Disyaki Cederakan Pegawai Penguatkuasa Kempen PRU

Sumber: Dr Ingky via Twitter/ MedicalNewsToday

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.