Siakap Keli

Jangan Mudah Tertipu, Pastikan Tayar Anda Ada Tanda Ini Sebelum Beli

Jangan Mudah Tertipu, Pastikan Tayar Anda Ada Tanda Ini Sebelum Beli

Saban tahun kita pasti akan mendengar kes pelanggan ditipu kedai-kedai tayar yang tak bertanggungjawab menjual kepada pelanggan tayar ‘celup’ dengan harga tayar baru, tayar tiruan berjenama dan macam-macam lagi. Tayar menjadi komponen penting bagi sesebuah kenderaan kerana keadaan tayar menjamin pemanduan yang selamat.

Oleh sebab itu, pembelian dan pemilihan tayar yang betul menjadi topik penting yang diperbincangkan setiap tahun. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan satu infografik yang menjelaskan secara ringkas tip untuk membeli tayar yang selamat.

Menurut infografik tersebut, tayar kenderaan anda perlu diganti jika terdapat tiga tanda ini iaitu kesan rekahan, tanda haus tidak sekata dan benjol atau bengkak di permukaan bunga atau dinding tayar. Jika tayar anda mengalami salah satu atau kesemua tanda ini, segera gantikan dengan tayar yang baru bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Apabila sudah sampai di kedai tayar pula, ada beberapa perkara anda wajib ambil tahu sebelum bersetuju untuk membeli tayar tersebut dari penjual. KPDNHEP menyarankan anda memilih tayar mengikut tip seperti berikut:

  • Pastikan tayar yang dibeli ada tanda MS atau E atau DOT. Boleh periksa jenama tayar yang dilulukan SIRIM di PAUTAN INI.
  • Jangan beli tayar terpakai yang melepasi tanda paras amaran botak (Tread Wear Indicator) atau tayar yang telah ditoreh atau dikorek.
  • Periksa Kod Tayar Kereta yang memaparkan maklumat terperinci tentang jenis, saiz, tahap bebanan, kelajuan, minggu dan tahun pembuatan tayar.
  • Jika tayar dibeli tidak sama seperti spesifikasi ditawarkan, tuntutan boleh dibuat melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia; https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home


Pemilihan tayar yang tepat sangat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan ekonomi anda. Selepas membaca artikel ini, pasti anda sudah tahu cara memilih tayar yang betul. Tak kira lelaki atau perempuan anda perlu memnjadi pengguna yang bijak. Jangan tertipu dengan harga yang murah tetapi menggadaikan keselamatan anda ketika memandu.

Follow KPDNHEP di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk banyak lagi tip menjadi pengguna yang bijak.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.