MetMalaysia Jangka 12 Negeri Dibadai Ribut Petir Sehingga Petang Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 12 buah negeri sehingga 5.00 petang ini.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.24 petang tadi melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Kedah amaran dikeluarkan melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Di Pahang kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.
Selain itu, di Johor adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.
Seterusnya negeri Sarawak melibatkan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Miri.
Bagi negeri Sabah pula, pedalaman Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan, Pantai Barat Tawau dan Kudat Kota Kinabalu.
Manakala bagi beberapa negeri seperti Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perak akan dituruni hujan di seluruh negeri terbabit.
Justeru daripada itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya di kawasan yang terkesan.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Dikeluarkan pada: 3:00 petang, 8 November 2022#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/EY1fuDuh7l— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 8, 2022
Sumber: MET Malaysia