Siakap Keli
Talbis Iblis Raih RM4 juta
Gambar: anexsproduction | Gambar tangkap layar Youtube Astro Shaw

Talbis Iblis Raih RM4 Juta Lepas Tiga Minggu Ditayangkan

Filem genre seram Talbis Iblis yang mula ditayangkan pada 20 Oktober lepas telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta setakat tiga minggu ditayangkan.

Karya arahan pengarah terkenal, Khabir Batia itu dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Azira Sharnaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Sherie Merlis, Jay Iswazir dan banyak lagi.

Difahamkan, filem itu telah mendapat tempat di hati penonton yang meminati karya genre seram iaitu mengisahkan seorang perempuan bernama Hajar yang ingin melahirkan anaknya secara rahsia.

Namun begitu, dia dihantar jauh dari ibu kota, malah keadaan bertambah teruk apabila bidan yang menjaganya ketika sebelum dan selepas bersalin rupanya mempunyai agendanya yang tersendiri.

Selain itu, filem yang berdurasi 97 minit tersebut juga adalah gabungan daripada penerbitan Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Star Production dan MM2 Entertainment.

Sinopsis

Menurut sumber Wikipedia, Talbis Iblis mengisahkan tentang wanita bernama Hajar (Azira Shafinaz) yang tekad melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikahnya. Ia dipercayai bertujuan bagi mengelakkan orang ramai tahu bahawa dirinya sedang hamil.

Justeru Arshad (Amir Nafis) membuat keputusan untuk menghantar Hajar agar tinggal bersama dengan seorang bidan bernama Mak Ju (Nasha Aziz), yang dikatakan pakar dalam memberi penjagaan sepenuhnya ketika sebelum dan selepas kehamilan.

Difahamkan, sepanjang tempoh tinggal bersama Mak Ju, bidan itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, selain turut mencurahkan layanan sebagai seorang ibu kepada Hajar. Namun segalanya mula dicurigai selepas itu.

Dikatakan Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju rupanya sedang mencari ‘wadah jiwa’ yang sempurna untuk arwah anaknya. Justeru bidan itu percaya bahawa bayi yang dikandungkan Hajar itu boleh membantu ‘menghidupkan’ kembali arwah anaknya.

Tayangan trailer boleh ditonton pada pautan Youtube di bawah.

Lokasi tayangan

Seperti yang dikongsikan di laman Instagram A Next Star Production, Talbis Iblis ditayangkan di banyak pawagam dan senarai lokasi bagi Lembah Klang adalah seperti di bawah.

Talbis Iblis berjaya raih RM4 juta
Gambar: anexsproduction | Instagram

Sumber: anexsproduction | Instagram

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.