Siakap Keli
Negeri Sembilan Umum Cuti Sehari Sebelum Mengundi
Gambar: Bernama

Galakkan Rakyat Keluar Tunai Kewajipan, Negeri Sembilan Turut Beri Cuti Umum Sehari Sebelum Hari Mengundi

Galakkan Rakyat Keluar Tunai Kewajipan, Negeri Sembilan Turut Beri Cuti Umum Sehari Sebelum Hari Mengundi

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal tiba tidak lama lagi, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengumumkan bahawa cuti sehari sebelum Hari Pengundian diberikan kepada rakyat negeri itu bagi menggalakkan orang ramai keluar menunaikan kewajipan mereka.

Lapor Astro Awani, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, keputusan itu dibuat selepas hasil mesyuarat yang diadakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan pada hari ini.

“MMKN yang bersidang pada hari ini telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November ini iaitu sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU15).

“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 19 November ini,” maklumnya. menerusi Astro Awani.

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor juga turut mengumumkan langkah yang sama pada hari ini.

PRU15 akan diadakan pada 19 November 2022 manakala 15 November 2022 pula adalah hari bagi undi awal.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.