Satu gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud pada skala Richter direkodkan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 5.50 petang sebentar tadi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak pada 26.2 darjah di Selatan dan 178.1 di Timur pada kedalaman 537 kilometer (km).
Gegaran itu dilaporkan dapat dirasai sejauh 906 kilometer dari Suva, Fiji.
Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia
Terdahulu, satu gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Luzon, Filipina pada pukul 10.30 malam tadi.
Gempa bumi kuat M6.7 di Selatan Kepulauan Fiji pada 5:50 petang, 9 November 2022. Pusat gempa bumi di 26.2° Selatan dan 178.1° Timur dengan kedalaman 537 km. 906km Selatan dari Suva,Fiji.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/4N8wO9WJGN— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 9, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia