Siakap Keli
Kredit: Facebook

“Insya-Allah, Cili Padi Returns Coming Soon”, Gamit Memori, Drama Zaman Kanak-kanak 90-an Bakal Kembali?

Pengarah terkenal, Aziz M. Osman melalui satu hantaran Facebooknya memberi bayangan bahawa drama bersiri, Cili Padi yang begitu popular di awal tahun 90-an bakal kembali tak lama lagi.

Bersama hantaran tersebut adalah satu kapsyen berbunyi ”Insya-Allah, Cili Padi Returns coming soon”. Tidak dapat dipastikan sama ada ia merupakan sebuah siri berbentuk sekuel ataupun drama yang diberi nafas baharu.

Di samping itu, pengarah tersohor berkenaan turut memuat naik fotonya bersama Jaafar On, salah satu tunjang utama drama bersiri Cili Padi.

https://www.facebook.com/azizmosmn/posts/pfbid02cNLcrqkAydSro29pa4Pbo6aq764iV4UZNFUmtYjm88xVTk95dpYnEoQAVEMxWGuTl

Pengarah terkenal, Rashid Sibir turut menzahirkan rasa teruja menerusi ruangan komen kerana beliau pernah menjadi pengarah bagi satu sesi untuk drama tersebut.

Untuk makluman. Cili Padi mula disiarkan pada 1993 di sebuah saluran tv dan menjadi satu unik yang unik apabila drama ini mempertengahkan pelakon cilik sebagai watak utama. Drama ini dibintangi oleh Mellissa Saila (Maria), Anne Ngasri (Lili),Tam Suhaimi (Salim), Nik Faiz Nik Fadzil (Syafiq), Jaafar Onn (Cikgu Jaafar) dan lain-lain lagi.

Disebabkan drama ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap masyarakat Malaysia, khususnya bagi yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an, Jaafar Onn menerusi Facebooknya pada 2021 pernah meminta syarikat tv untuk menyiarkan kembali drama tersebut.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0mfjCZoe7nVQEuwjubujMjx82XcFJQ7G6C4GMPAa2rXVHMexWUR8x2ThpP1CtRnrXl&id=100008107846177

Menurut beliau, sejak penggunaan TikTok yang semakin berkembang, banyak pengguna yang gemar untuk mengemukakan perkara-perkara yang menggamit memori zaman kanak-kanak mereka. Penonton Cili Padi tidak terkecuali daripada bertanya kepadanya mengenai perancangan drama tersebut pada masa akan datang.

Penantian para peminat nampaknya sudah berakhir apabila Aziz M. Osman mmengumumkan bahawa siri drama kanak-kanak tersebut akan mendapat sambungannya tidak lama lagi.

Sumber: Aziz M. Osman via Facebook 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: