Siakap Keli
isteri tak faham english suami guna google translate
Gambar: Tatiana Tarasovskaya/Triangle News & Faktual

Suami Guna Google Translate Nak Faham Isteri Warga Ukraine Tak Reti Cakap ‘English’

Suami Guna Google Translate Nak Faham Isteri Warga Ukraine Tak Reti Cakap ‘English’

Disebabkan cinta, seorang lelaki sanggup menggunakan terjemahan Google (Google Translate) bagi memahami pertuturan isterinya yang tidak reti bercakap bahasa Inggeris, lapor The Sun.

Difahamkan, Luke Dickinson berkahwin dengan Vira Klimova, seorang pelarian Ukraine dalam kumpulan Facebook yang ditubuhkan untuk membantu rakyat negara itu yang melarikan diri daripada Rusia.

Luke memaklumkan, Vira langsung tidak tahu apa-apa perkataan bahasa Inggeris sehingga mereka perlu sentiasa menggunakan Google Translate untuk bercakap antara satu sama lain.

“Vira menggunakan Google Translate pada setiap mesej kerana dia tidak tahu bahasa Inggeris. Kami bergelak ketawa dan bergurau, boleh dikatakan jenaka itu sempurna. 

“Semua orang selalu mengatakan tiada siapa yang memahami jenaka Inggeris, tetapi Vira saya faham. Saya sangat menyukainya, jadi halangan bahasa tidak penting,” katanya memetik The Sun.

Mula kenal di Facebook

Pada asalnya, Luke yang berusia 28 tahun itu menyertai beberapa kumpulan (Facebook) dalam talian, untuk melihat sekiranya dia boleh membantu mereka yang melarikan diri daripada ancaman Putin (di Ukraine).

“Isteri saya telah pun dipilih dan dilihat menyediakan dokumennya untuk datang ke UK.

“Tetapi saya melihat fotonya dan berfikir untuk menegurnya, kemudian saya menghantar mesej peribadi kepadanya,” kata lelaki itu.

Gambar: Tatiana Tarasovskaya/Triangle News via The Sun

Hubungan mereka bermula menerusi perbualan mesej ketika masa terluang, ada kalanya ‘spend’ sejam sehari semata-mata untuk bermesej sesama mereka sementara menuunggu Vira diluluskan untuk ke Britain.

Luke berkata isterinya hanya berbahasa Inggeris dalam kadar sedikit ketika berborak namun masih memerlukan bantuan Google Translate.

“Pada ketika ini, dia bercakap sedikit bahasa Inggeris. Kami akan cuba berbual, dan jika dia tidak memahami sesuatu, saya akan menggunakan Google Translate,” tambah lelaki itu lagi. 

Akhirnya sebulan kemudian, pasangan itu memutuskan untuk berkahwin di Pejabat Daftar Bristol diikuti dengan majlis resepsi bersama rakan dan keluarga di bar koktail di daerah itu.

“Jika perang tidak berlaku, kami tidak akan pernah berjumpa,” katanya.

Selepas berkahwin, pasangan itu berjaya menambah baik komunikasi mereka – yang berbeza bahasa – dengan bantuan Google Translate bagi membantu melancarkan pemahaman pertuturan.

Pendek kata, seandainya teknologi dalam bidang bahasa masih belum secanggih kini, kisah percintaan mereka mungkin boleh berakhir dengan lebih awal.

Sumber: The Sun

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana