Setiap orang mempunyai rumah idaman mereka tersendiri yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Walaupun mempunyai tempat tinggal yang biasa yang penting mempunyai tempat untuk berteduh.
Walaupun begitu berbeza untuk sebuah kawasan pedalaman di China apabila bentuk dan saiz rumahnya boleh diukur berdasrkan berdasarkan kelas pendapatan penduduk yang berbeza-beza.
Menerusi satu video oleh seorang pengguna media sosial Tiktok yang dikenali roger wu dari China telah membuat beberapa perkongsian tentang jenis-jenis rumah yang ada di selatan China berdasarkan kelas-kelas masyarakat mereka.
1# Golongan Bawahan
Rumah golongan kelas bawahan mempunyai rumah yang tiada hiasan dalaman keselesaan dan rekaan dalaman ruamh bukanlah perkara yang dititikberatkan. Kebanyakkan rumah mereka adalah untuk kelangsungan hidup semata-mata.
Roger turut menunjukkan beberapa perabot yang ada di dalam rumah mereka seperti katil, bangku yang diperbuat dengan papan yang sangat tebal.
Pemilik rumah ini mempunyai pendapatan tahunan sekitar USD 10,000.
2# Golongan Pertengahan
Seterusnya, pemuda itu berkongsi rumah yang dimiliki kelas pertengahan iaitu kediaman yang lebih selesa selain dilengkapi perabot yang mewah.
Dia juga menunjukkan persekitaran dan reka dalaman di dalam rumah tersebut yang mempunyai televisyen sebesar 70 inci. Kata pemilik rumah tersebut mereka berpuas hati dengan apa yang mereka miliki. Pemilik rumah ini seorang persara dan mempunyai hobi iaitu minum teh. Menurut pemilik rumah ini pendapatan tahunan mereka adalah $30,000.
3#Golongan Pertengahan Atasan
Bagi keluarga kelas pertengahan atasan, mereka biasanya menghabiskan masa mereka tinggal di bandar. Mereka hanya pulang ke kampung untuk berehat dan menikmati kehidupan luar bandar.
Roger turut menunjukkan persekitaran di dalam rumah tersbut yang berbeza dari golongan bawahan dan pertengahan. Dia menunjukkan di dalam rumah tersebut memiliki Candelier Eropah yang sangat popular di vila-vila orang-orang kelas pertengahan atasan.
4#Golongan Kaya
Untuk golongan kaya biasanya mereka mempunyai rumah sendiri dan saiz rumah pula adalah sangat besar. Antara kemudahan yang boleh ditemui di rumah ini adalah seperti gelanggang bola keranjang, kolam renang dan taman persendirian.
Menurutnya keadaan di dalam rumah tersebut sangat mewah sehingga sesetengah orang yang datang mungkin tidak akan berasa selesa.
Lelaki tersebut turut berkongsi salah satu rumah tertua di Quanzhou tetapi masih dipelihara dengan baik. Rumah berkenaan didiami oleh masyarakat China dimasa lampau.
@roger311 Houses of rural people in China with different incomes#house #rurallife #income
Sumber: Roger Wu via Tiktok