Tular Bangunan 35 Tingkat Di Dubai Dijilat Api
DUBAI – Satu kebakaran besar dipercayai telah memusnahkan sebuah bangunan setinggi 35 tingkat di Dubai bersebelahan dengan Burj Khalifa pada pagi Isnin.
Menurut laporan Mirror UK, anggota bomba telah memadamkan kebakaran menjelang waktu Subuh, namun bahagian luar bangunan itu dilihat telah ditutupi dengan kesan arang hitam.
Dalam pada itu, saksi kejadian yang tinggal di bangunan bertentangan dengan tempat kejadian telah memaklumkan bahawa kebakaran bermula kira-kira jam 2.20 pagi.
“Bangunan saya menghadap Boulevard 8 dan dari apa yang saya lihat, bahagian di sebelah kiri bangunan itu terbakar dari atas ke bawah.” katanya yang turut berada di tempat kejadian.
Saksi turut mengatakan bahawa kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.45 pagi.
Sejumlah besar anggota bomba serta kru kecemasan turut dilihat berada di tempat kejadian.
Menurutnya lagi, kebakaran berlaku di salah satu tingkat bawah dan kemudiannya merebak dengan cepat ke bahagian lain.
Rakaman video itu juga telah menjadi tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, punca kebakaran itu tidak didedahkan.
Terdahulu, satu kebakaran pernah berlaku sewaktu malam tahun baru pada tahun 2015.
Ia terjadi di Address Downtown yang merupakan hotel dan kediaman paling mewah di Dubai berhampiran Burj Khalifa.
WATCH: Massive fire broke out at an Emaar building in Dubai near Burj Khalifa pic.twitter.com/zOmI6XweGe
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) November 7, 2022
Sumber: Mirror UK, Insider Paper