Siakap Keli
Ferrari Schumacher dijual
Kredit AFP

Ferrari Schumacher Dijual Pada Harga AS$14.8 Juta Di Geneva

Ferrari Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta di Geneva

ANKARA, Nov 10 (Bernama) — Kereta Ferrari F2003-GA milik juara dunia Formula 1 tujuh kali Michael Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta dalam satu lelongan di Geneva pada Rabu.

“Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, kereta Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.

“Kereta yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (Franc Swiss) 14,630,000 (AS$14,873,327) pada Luxury Week Sotheby’s di Geneva,” lapor Anadolu Agency memetik RM Sotheby’s, sebuah syarikat lelongan kereta klasik yang beribu pejabat di Blenheim, Ontario, Kanada di Twitter.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Pada 2017, sebuah lagi Ferrari yang dipandu Schumacher – F2001 dijual pada harga AS$7.5 juta oleh Sotheby’s di New York.

Schumacher dari Jerman, 53, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Beliau diletakkan dalam keadaan koma selama beberapa bulan selepas kemalangan itu. Keluarganya dibenarkan memindahkannya pulang pada September 2014.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.