Siakap Keli
Lamborghini Baru 'Keluar Kedai' Hancur
Kredit The Sun

Padah “Test” Kereta, Lamborghini Baru ‘Keluar Kedai’ Hancur Terlibat Dalam Kemalangan

Padah “Test” Kereta, Lamborghini Baru ‘Keluar Kedai’ Hancur Terlibat Dalam Kemalangan

Seorang pemandu supercar terpaksa berputih mata selepas kereta Lamborghini baharu miliknya yang berharga RM 1.47 juta dilaporkan telah terbabit dalam kemalangan di lebuh raya Thailand.

Menurut The Sun, lima orang dilaporkan cedera dalam kemalangan yang terjadi berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand itu.

Kredit The Sun

Kereta Lamborghini Aventador berwarna kuning itu dilaporkan telah dipandu oleh seorang lelaki warga Singapura.

Kereta mewah itu juga dikatakan masih mempunyai nombor pendaftran berwarna merah yang menunjukkan ianya sebuah kereta yang baharu dibeli.

Kredit The Sun

Kelajuan kereta mewah itu mampu mencecah 350 kilometer sejam (km/j) dengan jarak 0 hingga 96 km/j dalam masa 2.8 saat.

Lelaki itu didakwa telah menyebabkan kemalangan di lebuh raya berkenaan pada 5 November lalu, menurut jurucakap polis trafik.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Pegawai penyiasat yang pertama tiba di tempat kejadian mendapati beberapa tiang utiliti dan penghadang jalan sudah berselerakan di seberang jalan bersama beberapa kereta yang telah remuk.

Sebuah kereta jenis Toyota Altis yang rosak ditemui berhampiran serta sebuah lagi trak pikap Toyota Vigo yang sudah terbalik dengan bahagian depannya rosak.

Kredit The Sun

Jauh sedikit daripada beberapa kenderaan lain yang rosak tersebut, pegawai penyiasat menemui kereta Lamborghini kuning berkenaan.

Kemalangan besar-besaran itu telah menyebabkan beberapa kecederaan, termasuk sepasang suami isteri dalam trak pikap yang terbalik. Tiga orang di dalam sedan Altis yang berusia 61, 33 dan 25 tahun telah dikejarkan ke hospital.

Siasatan awal mendapati, pemilik supercar itu sedang menguji kereta yang baharu dibelinya itu berhampiran lapangan terbang tersebut.

Pemilik Lamborghini tersebut dilaporkan memandu secara berbahaya sebelum merempuh Toyota Altis seterusnya menjadi punca kepada kemalangan tersebut.

Kereta Lamborghini itu kemudiannya melanggar tiang utiliti dan belakang sebuah trak pikap sebelum merempuh penghadang jalan dan terbalik.

Pemandu Lamborghini itu seterusnya dibawa ke balai polis untuk tujuan soal siasat lanjut.

Pasukan polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup CCTV di kawasan kemalangan bagi menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil.

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka