Siakap Keli
semak daftar pemilih
Gambar: BERNAMA

PRU15: Panduan Semak Daftar Pemilih & Tempat Mengundi

PRU15: Panduan Semak Daftar Pemilih & Tempat Mengundi

Umum mengetahui, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang membolehkan rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Perkara ini berlaku setelah Perdana Menteri mengumumkan mengenai pembubaran Parlimen sekali gus membuka laluan untuk PRU15 diadakan. 

Menerusi laman web Parlimen, dalam tempoh enam puluh (60) hari, pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat mesti diadakan dari tarikh pembubaran parlimen.

Kali ini, PRU15 akan menyaksikan Undi18 yang telah diwartakan pada tahun lepas dan secara automatik anak muda yang berumur 18 tahun telah didaftar sebagai pemilih.

Oleh itu, orang ramai boleh membuat semakan daftar pemilih bagi mengetahui lokasi mengundi pada PRU15 nanti.

3 cara semakan daftar pemilih dan lokasi

Di laman web Bantuan Rakyat, terdapat tiga cara semakan yang boleh dilakukan oleh pemilih bagi mengetahui lokasi pengundian:

  1. Portal MySPR
  2. Aplikasi MySPR
  3. Hotline MySPR

Semakan melalui potal MySPR Semak

  1. Layari laman portal MySPR https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Pilih SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 Angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran yang memaparkan maklumat;
  • Maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina
  • Maklumat pengundian seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.

Semakan melalui Aplikasi MySPR Semak

  1. Muat turun aplikasi MySPR semak di Apple Store sekiranya pengguna Apple dan Google Play bagi pengguna Android.
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran yang memaparkan maklumat;
  • Maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina
  • Maklumat pengundian seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri.
Sumber: Kementerian Luar Negeri

Semakan melalui Hotline SPR

Hubungi 03-88927018 untuk semakan melalui talian telefon.

Maklumat Pengundian

Sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting mengenai PRU15 seperti berikut;

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi

 

Tangkap Layar MySPR Semak

Orang ramai digalakkan untuk keluar mengundi pada waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Pengundi perlu membawa kad pengenalan asal untuk membuang undi.

Panduan memohon undi pos atas talian

Undi pos ini dibuat bagi pengundi yang berada di luar negara Kategori 1B.

Cara memohon undi pos secara dalam talian adalah seperti berikut;

Daftar Akaun MySPR

  1. Layari laman portal MySPR https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Daftar akaun MySPR
  3. Aktifkan pengguna

Cara Mohon Undi Pos

  1. Log masuk akaun MySPR
  2. Klik permohonan undi pos
  3. Klik Borang Permohonan dan pilih kategori ‘Pengundi Luar Negara’
  4. Lengkapkan maklumat yang di perlukan dan hantarkan permohonan
  5. Pemohon akan menerima status permohonan (diluluskan/ditolak) melalui emel selepas permohonan diproses.
Kredit: Kementerian Luar Negeri

Tarikh-tarikh penting PRU15

SPR telah mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh hari penaamn calon, hari mengundi awal serta hari mengundi.

  • Hari Penamaan Calon – 5 November 2022 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal – 15 November 2022 (Selasa)
  • Hari Pengundian – 19 November 2022 (Sabtu)

Bagi PRU15 kali ini, parti-parti politik boleh mengadakan sebarang kempen pilihan raya selama 14 hari seperti yang ditetapkan.

Berdasarkan tarikh-tarikh yang diumumkan, orang ramai boleh membuat persiapan untuk pulang mengundi bagi yang berada di luar kawasan tempat tinggal.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi SPR di talian 03-88927018 atau layari laman web SPR di sini.

Sumber: Bantuan Rakyat SPR

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.