Siakap Keli
Image by romeosessions from Pixabay

Dah Lah Diskaun Sampai 85%, Peniaga Siap Bagi Dulu Barang Kat Pelanggan Walau Bayar Tak Habis Lagi

Sehingga hari ini kita dapat lihat ramai yang dah ceburi bidang perniagaan terutama sekali di platform digital atau ‘online’. Sebenarnya agak mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan perniagaan secara atas talian.

Cuma, peniaga perlu bijak mengatur strategi dalam mencari dan menyediakan platform yang mudah untuk pelanggan dan peniaga itu sendiri. Apa tidaknya, bila tempat atau platform produk itu dipasarkan dengan baik, maka lebih mudah untuk para peniaga mendapatkan pelanggan dengan pelbagai tawaran hebat yang disediakan. 

Sama lah seperti peniaga-peniaga online yang telah pun melibatkan diri dengan SUBPLACE. Ini kerana di SUBPLACE, pembeli atau pengguna sering bertemu dengan peniaga yang menawarkan banyak diskaun kepada mereka. 

Apa itu SUBPLACE? 

Ha, apa pula SUBPLACE ni? Meh sini nak cerita sikit kat korang yang belum tahu apa benda SUBPLACE ni. SUBPLACE merupakan platform beli-belah atas talian pertama yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan dengan lebih meluas di Asia dengan sistem langganan atau ‘rent-to-own’. 

Selain itu, penubuhan SUBPLACE adalah untuk memastikan setiap produk yang bermutu tinggi mampu dimiliki oleh semua pengguna dengan tawaran bayaran bulanan yang sangat rendah. Dalam pada itu, platform ini juga turut tawarkan pembelian dengan bayaran penuh kepada produk yang terpilih. 

Promo terkini SUBPLACE

Seperti yang terbaru dan terdekat adalah 2nd Birthday Bonanza dengan diskaun sehingga 85%. Sampai 85% potongan harga, mesti ramai pelanggan sama ada baru mahupun sedia ada yang akan tercari-cari termasuk 150 peniaga dan jenama di bawah program Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) Awards yang berada di SUBPLACE.

“Sampai 85% kena potong, memanglah ramai yang mencari kan”

Antara peniaga dan jenama yang dimaksudkan adalah SIMALA, UNIQ, KINOHIMITSU, HYPERACK, KIDS UNITED, MJ JEWELLERY dan banyak lagi jenama-jenama yang sememangnya terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh rantau Asia. 

Apa pula kaitan jenama-jenama ini dengan RM60,000? Ha jangan korang tak tahu, jenama-jenama ini merupakan peniaga berprestasi tinggi yang sedang ikut serta dalam acara Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards atau Top ECM dengan hadiah sehingga RM60,000 kepada perniagaan berjaya.

Apa sebenarnya Top ECM? Top ECM atau Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards merupakan anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec) bertujuan untuk memberi ganjaran kepada peniaga tempatan yang berjaya, kreatif dan inovatif di platform e-dagang. Dalam masa yang sama, membuka peluang kepada produk-produk untuk lebih dikenali dalam kalangan pemain industri.

Tiga kategori anugerah

Terdapat tiga kategori anugerah yang akan dipertandingkan iaitu Selangor E-Commerce Merchant Awards, Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards dan juga AFFIN BANK Special Awards.

Kenapa Sidec bekerjasama dengan SUBPLACE sebagai pasaran e-dagang rasmi tahun ini untuk Top ECM?

Difahamkan, Sidec mahu sama ada peniaga baru atau lama untuk mengambil bahagian dan mencuba elemen baharu seperti mempromosikan jenama dan produk mereka di saluran tempatan baharu seperti SUBPLACE. Hal ini supaya mereka dapat meningkatkan dan membuatkan produk mereka lebih dikenali apabila mereka promosikan di lebih banyak platform termasuk SUBPLACE. 

Oleh itu, berilah sokongan kepada lebih 150 peniaga melalui pembelian produk-produk dengan tawaran hebat dan eksklusif di https://topecm.subplace.com/ sebelum 30 November ini!

Faiz Mustafa