Wartawan Pengsan Ketika “Live” Akibat Kurang Gula Dalam Darah & Dehidrasi
Seorang wartawan yang sedang melakukan lintas langsung ketika membuat liputan pada Rabu lalu pengsan secara tiba-tiba.
Walau bagaimanapun, keadaan wartawan Channel New Asia (CNA), Julie Yoo yang pengsan itu kini dilaporkan beransur pulih, lapor Mediacorp.
Pada waktu itu, Ms Yoo sedang membuat liputan mengenai sidang kemuncak iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 November hingga 18 November.

Merujuk kepada video yang dimuat naik oleh CNA, hos bersama, Dawn Tan yang berada disebelahnya kelihatan bergegas untuk membantu Ms Yoo.
Manakala penyampai berita di studio pada mulanya kelihatan terkejut dan dengan cepat meneruskan segmen yang seterusnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mediacorp, Ms Yoo kini beransur pulih dan akan bersiaran semula esok.
“Dia tidak begitu sihat kerana kekurangan gula dalam darah dan dehidrasi,” kata Mediacorp
Selain itu, Mediacorp juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas keprihatinan mereka.
CNA reporter Julie Yoo faints during live broadcasting on 9 November. No update on her status yet. pic.twitter.com/MUn1yCkNLR
— The Online Citizen Asia (@theon9citizen) November 9, 2022
Sumber: CNA