Mujur Sempat Brek, Monyet Cuba Lintas Jalan Tersepit Pada Tayar Motosikal Sedang Bergerak
Satu video memaparkan orang ramai cuba membantu mengeluarkan seekor monyet yang tersepit di celah roda motosikal di Barabanki Pradesh, India tular di media sosial.
Menurut NDTV, Kejadian itu dikatakan berlaku ketika monyet berkenaan cuba untuk melintas jalan.
Haiwan tersebut kemudiannya bertembung dengan sebuah motosikal sebelum terperangkap di celah rim tayar motosikal yang sedang bergerak semasa hendak menyeberangi jalan itu. Mujur penunggang motosikal itu sempat brek.
Video berdurasi 8 saat itu menunjukkan monyet tersebut terperangkap di celah roda depan motosikal berkenaan. Ketika melihat monyet itu masih tersepit di roda tersebut, penduduk tempatan bergegas membantu mengeluarkan haiwan terbabit.
Terdapat beberapa percubaan dari orang ramai yang menarik monyet tersebut keluar dari roda motosikal itu namun percubaan itu gagal.
Beberapa orang daripada mereka yang berada di tempat kejadian kemudiannya membuka roda hadapan motosikal berkenaan bagi memudahkan proses pengeluaran haiwan tersebut.
Walau bagaimanapun, mujur haiwan itu hanya tersepit dan tidak mengalami kecederaan parah yang teruk. Haiwan itu juga pada akhirnya berjaya dikeluarkan dan terselamat.
Video rakaman itu menjadi tular kerana tersentuh dengan tindakan pantas orang ramai yang cuba membantu mengeluarkan haiwan berkenaan.
Sumber: NDTV