Siakap Keli
Kredit AFP

Ahli Arkeologi Temui Tulisan Pada Sikat Berusia 3,700 Tahun, Papar Nasihat Berkenaan Kutu 

Ahli Arkeologi Temui Tulisan Pada Sikat Berusia 3,700 Tahun, Papar Nasihat Berkenaan Kutu 

Sekumpulan pakar sejarah dilaporkan menemui ayat bertulis tertua pada sebuah sikat purba berusia 3,700 tahun yang memberikan nasihat tentang bagaimana cara untuk menjaga rambut, lapor The Sun.

Tulisan yang tertulis pada sikat tersebut menyarankan untuk menggunakan sikat pada rambut dan jambang bagi menghilangkan kutu.

Kumpulan ahli arkeologi tersebut turut menemui bukti mikroskopik kutu pada sikat tersebut.

“Semoga objek ini dapat menghilangkan kutu pada rambut dan jambang,” tulis tulisan itu yang ditulis menggunakan abjad Kanaan.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Abjad Kanaan merupakan sistem tulisan yang dicipta sekitar 1800 Sebelum Masihi.

Objek itu dikatakan dimiliki oleh sekumpulan manusia yang tinggal di tanah Kanaan, yang berada di wilayah moden seperti Israel, Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan.

Ahli arkeologi itu berkata lagi bahawa penemuan objek lama tersebut merupakan penemuan baharu terhadap penggunaan abjad purba terawal oleh manusia. Serta pengaruhnya seperti Ibrani, Arab, Yunani, Latin dan Cyrillic.

Sikat itu pertama kali ditemui pada 2016 di Tel Lachish, sebuah tapak arkeologi di selatan Israel. Tetapi pakar hanya menyedari kewujudan perkataan itu pada tahun 2022 oleh Dr Madeleine Mumcuoglu.

“Ini adalah ayat pertama yang pernah ditemui dalam bahasa Kanaan di Israel. Ini adalah mercu tanda dalam sejarah keupayaan manusia untuk menulis,” kata Profesor Yosef Garfinkek, dari Universiti Hebrew Jerusalem.

Menurutnya lagi, sikat itu dikatakan sebagai satu objek mewah yang diimport kerana ia diperbuat daripada gading.

Gajah tidak wujud di Kanaan dalam tempoh masa itu, jadi sikat itu mungkin berasal daripada Mesir yang berdekatan. Golongan kaya pada ketika itu juga tidak lari daripada mengalami masalah kutu.

Penemuan itu diterbitkan dalam sebuah Jerusalem Journal of Archaelogy.

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka