Siakap Keli
Kredit AFP

FTX Digodam, Gesa Pengguna Jangan “Download” Sebarang “Upgrade”

FTX Digodam, Gesa Pengguna Jangan “Download” Sebarang “Upgrade”

FTX dalam saluran Telegramnya berkata bahawa ianya telah digodam dan mengarahkan penggunanya untuk tidak muat turun sebarang upgrade baharu serta memadam semua aplikasi FTX, menurut laporan Coindesk.

“Wallets” FTX dan FTX AS difahamkan telah digodam dengan lebih daripada RM 2.77 bilion hilang dari bursa pada lewat hari Jumaat lalu.

“FTX telah digodam. Aplikasi FTX ialah sebuah perisian hasad. Ruangan sembang dibuka. Jangan pergi ke FTX kerana anda mungkin akan memuat naik Trojan,” tulis seorang pentadbir akaun dalam akaun Telegram sokongan FTX. Mesej itu turut dipin kan oleh peguam am FTX, Ryne Miller.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Ryne Miller juga pada hari ini telah membuat satu ciapan yang mengatakan bahawa siasatan sedang dijalankan berkenaan keabnormalan pergerakan “wallets” yang berkaitan dengan penyatuan baki FTX merentas pertukaran.

“Menyiasat keabnormalan dengan pergerakan “wallets” yang berkaitan dengan penyatuan pertukaran baki FTX. Fakta yang tidak jelas kerana pergerakan lain tidak jelas. Maklumat lanjut akan dikongsi sebaik sahaja kami memperolehinya,” tulis ciapan tersebut.

Menurut data dalam rantaian, pelbagai token Ethereum, serta token Solana dan Binance Smart Chain telah keluar dari “wallets” rasmi FTX dan berpindah ke pertukaran terdesentralisasi seperti 1Inch, kata laporan Coindesk itu lagi.

Tambah laporan itu lagi, kedua-dua FTX dan FTX AS nampaknya telah terjejas.

Pemindahan itu datang pada hari yang sama FTX berpangkalan di Bahamas memulakan prosiding kebankrapan di AS berikutan kejatuhannya pada minggu ini.

Ramai pemegang “wallets” FTX juga telah melaporkan bahawa baki dalam “wallets” FTX.com dan FTX AS mereka telah kosong.

“Menjelang tengah malam, portal log masuk FTX tidak tersedia dan menunjukkan ralat 503 apabila mereka cuba log masuk.

“Ralat 503 selalunya berlaku apabila pelayan tidak tersedia dan biasanya juga ia tidak berfungsi kerana untuk penyelenggaraan atau tidak tersedia untuk di akses,” kata laporan Coindesk itu lagi.

Sumber: The National News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.