Siakap Keli
Kredit: AFP

Gempa Bumi Kuat, 7.3 Magnitud Gegar Laut Berdekatan Tonga Sebentar Tadi

Satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan gegaran 7.3 Magnitud telah melanda di kawasan perairan berdekatan Tonga, hari ini, lapor US Geological Survey (USGS). Mengambil kira kekuatan gempa berkenaan, satu amaran tsunami untuk kawasan berdekatan turut dikeluarkan.

Menurut USGS, gempa bumi tersebut telah berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 200 kilometer daripada tenggara Neiafu, sebuah bandar yang terletak pada kepulauan Pasifik.

Bacaan awal gempa dilaporkan pada kekuatan 7.1 magnitud sebelum ia disemak semula dan bacaan baharu menunjukkan gempa berkenaan berkekuatan 7.3 magnitud.

Gempa susulan dengan kekuatan lebih rendah pada 5.1 magnitud dilaporkan turut berlaku di lokasi yang sama.

Dalam pada itu, Pusat Amaran Gempa Buni Pasifik berkata, amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa itu telah ditarik balik kira-kita 1:30 pagi (waktu tempatan).

Pusat Perkhidmatan Meteorologi Tonga sebelum ini menerusi hantaran media sosial turut menggesa orang ramai di pulau tersebut agar kekal berada bertenang dan berpindah ke lokasi yang lebih tinggi selain mendapatkan perkembangan terkini menerusi saluran radio.

Badan itu juga mengarahkan para pelayar yang berada di laut berdekatan untuk menjauhi pusat gegaran sebagai langkah keselamatan.

Sumber: AFP 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.