Siakap Keli
Messi disenarai dalam skuad
Kredit BERNAMA

Messi Disenarai Dalam Skuad Argentina, Penyertaan Kelimanya Dalam Piala Dunia

Messi disenarai dalam skuad Argentina, penyertaan kelimanya dalam Piala Dunia

ISTANBUL, 12 Nov (Bernama) — Leon Messi disenarai dalam skuad 26 pemain Argentina untuk kali kelima dalam Piala Dunia dengan beliau berharap untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama kali ini, lapor Agensi Anadolu (AA).

Angel Di Maria dari Juventus, Paulo Dybala dari Roma dan penjaga gol Franco Armani, 36, turut tersenarai dalam skuad Lionel Scaloni.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Piala Dunia 2022 yang berlangsung di negara Teluk, Qatar, akan bermula pada 20 Nov dan berakhir pada 18 Dis.

Tuan rumah Qatar yang disenarai dalam Kumpulan A, akan membuka kejohanan 29 hari itu menentang Ecuador pada 1600 GMT di Stadium Al Bayt.

La Albiceleste akan menentang Arab Saudi manakala Mexico bertemu Poland dalam Kumpulan C.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.