Penduduk Kampung Pelik, Beribu-Ribu Ikan Lompat Naik Atas Jambatan
Penduduk Koh Lanta di Krabi, Thailand alami kejadian pelik apabila beribu-ribu ikan mula melompat naik ke atas jambatan di pulau tersebut, lapor Thaiger.
Menurut seorang pegawai pejabat perikanan, ikan yang melompat itu merupakan baka ikan yang dikenali sebagai “Ta Maew” atau ikan mata kucing.
Jelasnya, ikan Ta Maew itu berasal daripada Koh Lanta dan ikan tersebut akan datang ke Koh Lanta dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan November.
Ikan-ikan berkenaan dikatakan datang ke Koh Lanta untuk bertelur di kawasan tersebut.
“Walaupun ia adalah perkara biasa untuk melihat ikan berenang di sepanjang pantai, namun dia tidak pernah melihat ikan-ikan tersebut melompat ke atas jambatan,” kata seorang penduduk Krabi bernama Sunan Madsarson.
Kejadian tersebut masih menjadi misteri kerana tidak diketahui sebab mengapa ikan-ikan berkenaan melompat ke atas jambatan, namun apa yang pasti ikan akan sesekali melompat keluar dari air kerana paras oksigen dalam air menjadi rendah.
Kejadian itu telah memberi durian runtuh kepada penduduk kampung yang berpeluang untuk menangkap lalu memasak ikan berkenaan.
Beberapa penduduk kampung dilaporkan berjaya mengisi guni baja mereka dengan hasil tangkapan ikan tersebut.
Disebalik kejadian misteri itu, kisah ikan yang melompat itu mempunyai pengakhiran yang menggembirakan buat seluruh penduduk kampung yang mendapat rezeki percuma.
Sumber: The Thaiger