Siakap Keli
Gambar: TikTok @zumo4422 via The Thaiger

Simpan Duit RM4 Sehari, Kanak-Kanak Tular Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu

Simpan Duit RM4 Sehari, Kanak-Kanak Tular Hadiahkan Cincin Emas Buat Ibu

THAILAND – Seorang kanak-kanak perempuan meraih pujian setelah membeli cincin emas sebagai hadiah hari jadi buat ibunya di sebuah kedai emas yang terletak di wilayah Isaan di Maha Sarakham.

Memetik laporan The Thaiger, kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu berhasrat untuk membeli cincin emas tersebut kerana ibunya sentiasa mengadakan sambutan hari jadi kepada orang lain, namun tidak pernah dilakukan buat dirinya sendiri.

“Saya mahu berikan ibu hadiah kerana selama ini ibu sentiasa memberikan sesuatu kepada saya.” kata kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, kanak-kanak itu dipercayai datang ke kedai emas dengan ditemani oleh rakannya.

Kemudian, dia memaklumkan kepada pekerja kedai emas tersebut bahawa dia cuma mempunyai 4,000 baht (RM519.08) dan berhasrat untuk membeli hadiah hari jadi buat ibunya.

Susulan itu, pekerja berkenaan mencadangkan supaya kanak-kanak itu membeli cincin emas yang berharga 4,300 baht (RM557.98).

Pekerja tersebut kemudiannya memberikan potongan harga sebanyak 300 baht bersesuaian dengan bajet kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, ibu kanak-kanak perempuan itu menjelaskan bahawa dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang hal tersebut.

Menurut ibunya lagi, anaknya turut disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mudah bersimpati pada orang.

Difahamkan, duit tersebut dikumpul dari elaun yang telah diberikan oleh ibunya selama ini.

Kanak-kanak itu berkata dia menyimpan 35 baht (RM4.51) sehingga 40 baht (RM5.15) sehari dari 60 baht (RM7.72) yang diberikan ibunya.

Sumber: The Thaiger 

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.