Siakap Keli
ular telan buaya 5 kaki
Gambar tangkap layar video Rosie Moore | Instragram

“Ini Kali Pertama Saya Melihat..” Ahli Geosains Terkejut Ular Sawa Gergasi Telan Buaya 5 Kaki

“Ini Kali Pertama Saya Melihat..” Ahli Geosains Terkejut Ular Sawa Gergasi Telan Buaya 5 Kaki

Seorang ahli geosains di US berkongsi rakaman ngeri seekor buaya berukuran lima kaki yang dikeluarkan daripada perut ular sawa Burma sepanjang 18 kaki dalam kejadian di Florida baru-baru ini.

Ahli geosains berkenaan, Rosie Moore, 26 tahun, bersama pasukan saintis yang lain berjaya menarik buaya sepanjang lima kaki daripada perut ular gergasi itu di makmal mereka di Florida.

Malah, menurut Moore, biasanya ular di wilayah Everglades hanya menyasarkan mangsa mamalia dan reptilia kecil sahaja.

Bagaimanapun, ular gergasi itu dilihat menjadi pemangsa di sana sebelum ia ditangkap dan dibunuh oleh pekerja lapangan, sekaligus menjadi bahan penyelidikan mereka.

Ular sawa Burma Telan Buaya 5 kaki
Gambar tangkap layar Rosie Moore | Instragram

Reaksi orang sekeliling

“Ia sangat mengejutkan. Ini kali pertama saya melihat kejadian seperti itu, saya tidak pernah melihat ular sawa dengan sesuatu itu (buaya) di dalamnya,” kata Moore.

Sebenarnya, Moore memuat naik rakaman itu di laman Instragram miliknya hanya untuk keseronokan dan kepuasan, namun dia terkejut kerana ia tular.

Malah, Moore juga tidak menafikan bahawa dia sangat terkejut kerana orang awam umumnya tidak terdedah dengan ular sawa invasif di Florida dan kesannya kepada penduduk asli di sana.

Sementara itu, Moore yang juga pakar teknologi dan interaksi manusia dengan alam sekitar mengatakan bahawa ia akan menjadi masalah yang sukar untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, masalah ancaman haiwan tersebut sudah mula disedari orang awam menerusi info-info yang dimuat naik di media sosial sebagai pengetahuan umum.

Malah, ular sawa itu juga dikatakan mampu membiak dengan kadar yang cepat dan dapat menyamar di kawasan persekitaran mereka.

Moore berpendapat perkara tersebut adalah sesuatu yang mustahil untuk sesiapa pun tahu di mana keberadaan ular berkenaan atau jumlah populasinya yang sebenar.

Ular sawa Burma Telan Buaya 5 kaki
Gambar tangkap layar video Rosie Moore | Instragram

“Disebabkan persekitaran subtropika Florida Selatan, ditambah lagi dengan jangka hayat ular sawa Burma yang panjang dan mampu membiak pesat, ular ini telah berjaya menyerang kawasan ekologi seperti Taman Negara Everglades,” tulisnya di laman Instragram.

Meskipun berhadapan dengan ancaman bahaya ular berkenaan, difahamkan mangsa tidak boleh membunuhnya dengan sewenang-wenangnya.

Hal tersebut terbukti apabila pekerja lapangan yang cuba membunuh ular itu (sebelum ia tumpas), mereka masih tertakluk di bawah undang-undang anti-kekejaman ngeri.

Jadi mereka mesti membuktikan bahawa ular sawa gergasi tersebut ditangkap dengan cara berperikemanusiaan (bukan dibunuh kejam).

Selain itu Moore juga turut menyampaikan pesanan ringkas kepada mana-mana pemilik haiwan peliharaan.

“Jika anda tidak dapat menjaga atau bertanggungjawab ke atas haiwan atau reptilia yang anda pelihara, anda haruslah memulangkannya ke tempat asal,” katanya.

Kerjaya Moore

Selain menjadi ahli pakar geosains, Moore juga dikenali sebagai seorang model sejak tiga tahun dahulu. Malah, pengikutnya kini sudah melebihi 16,000 orang di laman Instragram.

Baginya, penting untuk memecahkan streotaip wanita yang bekerja dalam geosains, di mana hanya kira-kira 30 peratus sahaja pekerja wanita dalam bidang itu.

“Dalam media, saintis wanita sering digambarkan sebagai seorang yang pemalu dan tidak pandai.

“Saya fikir adalah penting untuk wanita muda supaya tidak mengambil kira perkara itu, malah menjadi seorang saintis sebenarnya boleh menjadi cita-cita yang menarik,” kata Moore.

Ular sawa Burma Telan Buaya 5 kaki
Gambar: Rosie Moore

Sumber: Daily Mail

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.