Siakap Keli
Gambar: AFP

Lebih 90% Pekerja Twitter Di India Dipercayai Dipecat

Lebih 90% Pekerja Twitter Di India Dipercayai Dipecat

Twitter Inc dipercayai telah memecat lebih daripada 90% pekerja di India pada hujung minggu lalu.

Menurut laporan Indian Express, syarikat itu mempunyai lebih 200 pekerja di India. Susulan pemecatan itu, baki pekerja yang tinggal kini hanya ada sebahagian kecil sahaja.

Difahamkan, kira-kira 70 peratus daripada pekerja yang dibuang adalah pasukan dari bahagian produk dan kejuruteraan.

Malah, jawatan dalam syarikat itu juga telah dikurangkan termasuklah bagi bahagian pemasaran, dasar awam dan komunikasi korporat.

Di peringkat global pula, syarikat Twitter yang berpangkalan di San Francisco, California itu  telah mengurangkan bilangan pekerjanya kira-kira separuh atau 3,700 pekerja.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mempunyai lebih daripada 84 juta pengikut di Twitter berkata bahawa beliau tidak pasti bagaimana Twitter meletakkan jangkaan untuk mengurangkan kakitangan di negara itu.

Pejabat Twitter India terletak di New Delhi iaitu ibu kota Mumbai dan merupakan hab teknologi selatan Bengaluru.

Dalam pada itu,di peringkat global pula, syarikat Twitter yang berpangkalan di San Francisco, California itu  telah mengurangkan bilangan pekerjanya kira-kira separuh atau 3,700 pekerja.

Bukan itu sahaja, Musk juga dipercayai telah mengarahkan baki pekerjanya untuk bekerja secara pantas dan mencipta ciri baharu.

Bagaimanapun dalam beberapa kes, ada sebilangan pekerja yang terpaksa tidur di pejabat bagi memenuhi tarikh akhir yang ditetapkan.

Sumber: Indian Express

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.