Siakap Keli
seludup pistol dalam ayam
Gambar: FLL/Google

Padah Seludup Pistol Dalam Ayam, Lelaki ‘Sangkut’ Di Airport

Tindakan seorang penumpang yang disyaki cuba menyeludup masuk senjata ke dalam pesawat mengundang padah apabila dia ditangkap pegawai keselamatan dalam kejadian di US, baru-baru ini, lapor Mirror.

Menurut laporan, suspek terbabit dilapor menyeludup sepucuk pistol secara helah dengan menyumbatnya ke dalam badan seekor ayam mentah semasa di Lapangan Terbang Fort Lauderdale-Hollywood.

Difahamkan, suspek menyembunyikan senjata tersebut yang dibalut kertas, bagaimanapun helahnya terbongkar semasa ditahan pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) lapangan terbang berkenaan.

Laporan memaklumkan pegawai bertugas berkenaan membuka bungkusan ayam tersebut di kawasan pemeriksaan pelepasan penumpang sebelum suspek berlepas.

“Susah kami nak jelaskan perkara ni untuk anda, tapi tindakan memasukkan senjata api ke dalam ayam mentah macam ni hanya buatkan perjalanan anda ‘buang masa’.

“Idea ‘separuh masak’ macam ni tak boleh pakai. Satu-satunya benda yang buat helah ni terkantoi adalah kertas pembungkusan yang buruk ni,” kata jurucakap TSA mengenai pembongkaran rancangan seludup tersebut.

Malah pegawai tersebut turut menegaskan bahawa mengembara dengan senjata api dan peluru adalah tertakluk bawah peraturan lain.

Hakikatnya, syarikat penerbangan US itu dilapor membenarkan senjata api dibawa ke dalam penerbangan tetapi mesti dimasukkan ke dalam bagasi melalui bekas yang keras dan berkunci.

Tindakan seludup pistol dalam ayam dikesan
Gambar: The Mirror

Senjata api lain yang pernah ditemui di lapangan terbang

Sementara itu, pegawai tersebut mengatakan mereka pernah menemui beberapa lagi penemuan pelik lain termasuk gergaji, bom tangan dan dadah (yang digelar ‘meth burrito’) yang ditemui di Lapangan Terbang Houston.

Malah perkara itu turut mengejutkan polis pengangkutan US mengenai senjata maut yang dilapor cuba diseludup oleh penumpang lain pada tahun lalu.

Dalam pada itu, antara barangan yang pernah diseludup oleh sekumpulan penumpang (dalam kes terdahulu) adalah pedang samurai, pistol, peluru, bom tangan, periuk api dan bahan letupan aktif.

Hal tersebut menyebabkan TSA dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (US) membuat keputusan untuk menyaring 638,705,790 orang penumpang di seluruh US.

Malah jika dilihat daripada angka purata harian, kira-kira lima senjata dirampas di 205 lapangan terbang dan sekali gus membuktikan senjata api merupakan rampasan paling tinggi di US iaitu sekitar 1,813.

Sumber: The Mirror

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.