Sebagai meraikan pelancaran permainan siri terbaharu Pokémon, “Scarlet dan Violet”, seluruh kedai 7-11 di Jepun akan menjual Poké Balls yang boleh dimakan.
Difahamkan, makanan tradisi Jepun, onigiri berbentuk Poké Balls itu akan dikeluarkan pada 18 November ini iaitu pada hari yang sama permainan tersebut dilancarkan.
Menurut Mothership, pelanggan boleh membeli onigiri yang dijual dalam tiga jenis yang berbeza iaitu Poké Ball asas, Great Ball dan Ultra Ball.
Tiga Jenis Poké Balls
Sebagai pengetahuan umum, Poké Balls digunakan untuk menangkap Pokémon yang liar dalam permainan tersebut. Malah, sehingga hari ini permainan itu telah menampilkan 27 jenis Poké Balls yang berbeza mengikut kegunaannya.

Justeru, idea onigiri Poké Balls itu teraspirasi daripada fungsi Poké Ball itu sendiri iaitu bertujuan untuk menangkap selera dengan cara berbeza.
Pada asasnya, Poké Balls itu dibungkus dengan patty sosej bersalut teriyaki, nasi lada yang lengkap dengan sos mayonis dan bawang putih yang dijual dengan harga RM8 (S$1.70).

Onigiri Great Ball pula dihidangkan dengan gabungan telur dadar, ayam dan sos tomato, sos demi-glace dan dua jenis cendawan. Malah, onigiri ini dijual dengan harga yang lebih murah daripada Poké Ball iaitu RM7 (S$1.60).

Seterusnya onigiri Ultra Punch dibungkus dengan nasi yang dimasak dalam sup ramen tonkotsu dengan telur rebus dan menyebabkan ia dijual dengan lebih murah berbanding kedua-duanya iaitu pada harga RM6 (S$1.50).
Jadi, pastikan anda pergi ke Jepun untuk mencari dan ‘menangkap’ Poké Balls yang masih ‘terlepas’.

Sumber: Mothership