Siakap Keli
Dron Milik Tentera AS selamat kembali
Gambar: Twitter Boeing Space

Lebih 900 Hari Di Angkasa, Dron Milik Tentera AS Selamat Kembali Ke Bumi

Lebih 900 Hari Di Angkasa, Dron Milik Tentera AS Selamat Kembali Ke Bumi

FLORIDA — Sebuah dron milik tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan selamat mendarat di Pusat Angkasa Kennedy National Aeronautics and Space Administration (NASA) pada 12 November lalu jam 5.22 pagi waktu tempatan.

Memetik TRT World, pesawat tanpa pemandu, X-37B kembali ke bumi selepas menjalankan misi keenamnya di angkasa selama 908 hari bersamaan dua tahun setengah, maklum Boeing space dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pesawat tersebut telah menghabiskan lebih 10 tahun di cakerawala. Ia telah terbang lebih 1.3 bilion batu sepanjang enam misi yang telah dijalankan sejak 2010.

“Sejak pelancaran pertama X-37B pada 2010, ia telah memecahkan rekod dan memberikan negara kita kemampuan yang tiada tandingan dalam menguji teknologi angkasa lepas dengan pantas

Naib Presiden kanan Boeing, Jim Chilton berkata, dron itu telah memberikan mereka pelbagai kejayaan sejak kali pertama dilancarkan.

“Sejak pelancaran pertama X-37B pada 2010, ia telah memecahkan rekod dan memberikan negara kita keupayaan yang tiada tandingan untuk menguji dan menyepadukan teknologi angkasa lepas dengan pantas,” katanya.

Untuk pengetahuan, X-37B telah direka dan dicipta oleh United Launch Alliance hasil kerjasama antara Boeing dan Lockheed Martin untuk digunakan tentera udara.

Ia berukuran sembilan meter panjang dan mempunyai lebar 4.5 meter dengan dikuasakan oleh panel solar.

Terdahulu, Ibu Pejabat Pertahanan AS, Pentagon telah menjalankan satu siri eksperimen saintifik sebelum pelancaran terakhir pesawat itu pada Mei 2020.

Antara eksprimen itu termasuklah satelit FalconSat-8  yang dicipta oleh akademi kadet dengan hasil kerjasama Makmal Penyelidikan Tentara Udara.

Satelit itu telah dilancarkan pada Oktober 2022 dan sehingga kini masih berada di orbit.

Sumber: TRT World, Space Force

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.