Siakap Keli
hisap rokok sambil berlari maraton
Gambar: Weibo

Lelaki 50 Tahun Hisap Rokok Ketika Berlari Maraton

Baru-baru ini tular satu video seorang lelaki menyalakan api dan menghisap beberapa batang rokok tembakau ketika sedang berlari maraton Xin’anjiang di Jiande City, China minggu lalu.

Menurut Oddity Central, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Uncle Chen, berusia lingkungan 50 tahun itu mengesahkan tabiatnya yang gemar berlari maraton sambil merokok.

Tidak dinafikan juga, keterlibatan Uncle Chen telah dikesan dalam beberapa maraton lain sebelum ini, termasuklah Xiamen Marathon, Lushui Ultra Marathon dan Lhasa Half Marathon.

Tidak hanya itu, malah gambar Uncle Chen ketika Marathon Guangzhou pada tahun 2018 juga ada di internet.

Disebabkan gambarnya yang tular di media sosial, pihak penganjur Xin’anjing Marathon bertindak untuk berkongsi sijil pencapaiannya yang mampu mengejutkan semua orang.

hisap rokok sambil berlari maraton
Gambar: Weibo

Buktinya, Uncle Chen mampu menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer (km) hanya dalam tempoh tiga jam, 28 minit dan 45 saat pada kedudukan ke-515 daripada ribuan pelari lain. Ia adalah pencapaian luar biasa.

Kisahnya yang tular di internet turut mendapat perhatian netizen. Di sebalik ramai yang menyokong, malah ada juga yang menegur tentang kesihatannya.

“Berlari adalah baik untuk kesihatan anda tetapi merokok pula sebaliknya. Adakah itu akan membatalkan satu sama lain?” salah satu pendapat oleh netizen.

Secara amnya, merokok bukanlah sesuatu perkara yang boleh dijadikan bahan mainan atau jenaka. Justeru, tidak perlu untuk menjadikannya sebagai percubaan dalam hidup. Adalah lebih baik mencegah daripada mengubatinya kelak.

hisap rokok sambil berlari maraton
Gambar: Weibo

Sumber: Odditycentral

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.