Siakap Keli
Terjatuh dalam laluan reput lelaki cedera
Gambar: China Press

Lelaki Cedera Selepas Terjatuh Dalam Laluan Kayu Yang Reput

Seorang lelaki warga Singapura mengalami kecederaan selepas terjatuh ke dalam laluan kayu yang reput di Pulau Pinang, Sabtu lalu, kira-kira pukul 11 pagi, lapor China Press.

Mangsa, 40 tahun dikatakan sedang bercuti bersama lapan ahli keluarga termasuk isterinya. Difahamkan ketika kejadian berlaku mangsa sedang berjalan di laluan kayu di Jeti Chew (tempat pelancongan popular) dan secara tidak sengaja terpijak laluan kayu yang telah reput.

Ekoran daripada kejadian itu, kedua-dua kaki mangsa termasuk ke dalam retakan kayu tersebut.

Ditambah pula apabila mangsa cuba untuk mengangkat badan menggunakan kedua-dua tangannya,  namun lengan kirinya terseliuh secara tidak sengaja.

Disebabkan kejadian itu, mangsa dikatakan tidak dapat menggerakkan badan dan menyebabkannya terpaksa dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Terjatuh dalam laluan reput lelaki cedera
Gambar: China Press

Kesan daripada kejadian

Rentetan daripada kejadian yang menimpa keluarga itu, mereka bersepakat untuk pulang ke Singapura sehari selepas kemalangan tersebut berlaku.

Isteri mangsa mengatakan bahawa dia bernasib baik kerana suaminya masih muda tetapi lebih teruk sekiranya kejadian itu berlaku kepada golongan tua.

Dalam masa yang sama, dia berharap pihak bertanggungjawab, Pulau Pinang akan memastikan kemalangan seperti itu tidak lagi berlaku kepada orang lain, lebih-lebih lagi kawasan tersebut menjadi tumpuan pelancong.

Malah, ada warga tempatan yang menyatakan kejadian yang sama berlaku (beberapa bulan lalu) kepada pelancong lain sehingga mencederakan kedua-dua kakinya.

Sementara itu, ADUN Pangalan Kota Daniel Gooi berkata, beliau telah memohon geran untuk kerja-kerja penyelenggaraan di beberapa jeti di kawasan tersebut.

Menurutnya lagi, beliau telah memperuntukkan RM100,000 (S$29,725) kepada Jeti Lee untuk kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan.

Dalam kenyataan yang sama, beliau akan membuat permohonan susulan bagi Jeti Chew dan Jeti Lim sebelum perkara yang sama berlaku.

Sumber: Mothership

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.