Siakap Keli
Kredit: Newsflash via Mirror UK

Budak Dua Tahun Maut Akibat Strok Haba, Dipercayai Ditinggalkan Dalam Kereta Selama 9 Jam

Budak Dua Tahun Maut Akibat Strok Haba, Dipercayai Ditinggalkan Dalam Kereta Selama 9 Jam

JEPUN – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilapor maut akibat strok haba setelah ditinggalkan hampir seharian di dalam kereta milik bapanya.

Memetik laporan Mirror UK, mangsa ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut selepas bapanya terlupa untuk menghantarnya ke sebuah taska di wilayah Osaka.

Bapa mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi pada hari Sabtu bersama tiga orang anaknya.

Kemudian, bapanya kembali semula ke sekolah di bandar Kishiwada pada jam 5 petang untuk menjemput anak-anaknya pulang.

Walau bagaimanapun, kehilangan salah seorang anaknya itu mula disedari setelah kakitangan di taska memaklumkan bahawa gadis kecil itu tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Kredit: Newsflash via Mirror UK

Setelah mengetahui hal tersebut, bapanya panik dan mula mencari anaknya di dalam kenderaan miliknya dan mendapati bahawa anaknya sudah terbaring kaku.

Setelah itu mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kereta selama hampir 9 jam.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Sumber: Mirror UK

Farah Nabilah