Siakap Keli
Manzoor Azwira Kendali Skuad Simpanan Kedah
Gambar: Sinar Harian

Manzoor Azwira Kendali Skuad Simpanan Kedah

Penolong jurulatih Penang FC, Manzoor Azwira kembali dikaitkan dengan isu pengendalian skuad Reverse League Kedah baru-baru ini.

Malah, beliau difahamkan tidak akan bersama pasukannya pada musim 2023 kerana dipinjamkan ke skuad simpanan Kedah untuk tempoh semusim.

Kenyataan ini bagaimanapun turut dikongsi oleh Zulhelmi Zainal Azam di laman rasmi Twitter miliknya.

Bagaimanapun kedudukan Manzoor Azwira masih kekal dalam barisan kejurulatihan Penang FC untuk musim hadapan.

Manzoor Azwira Kendali Skuad Simpanan Kedah
Kredit: Zulhelmi Zainal Azam | Twitter

Reserve League

Seperti yang kita tahu, Reserve League baru sahaja diperkenalkan oleh Malaysia Football League (MFL) di Malaysia untuk menjanjikan persaingan yang sengit antara semua pasukan dalam musim yang akan datang.

Memetik Facebook Malaysia Football League, pengenalan kepada Liga Simpanan (Reserve League) ini adalah untuk memperbaiki jurang pembangunan dalam struktur liga tempatan.

Selain itu, liga ini juga dilihat sebagai landasan perantara Liga Super untuk pemain-pemain mendapat minit permainan, adaptasi dan persediaan ke Liga Super.

Malah, kesemua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 (B-23) dan sekali gus memberi daya saing yang lebih seimbang kepada semua pasukan termasuk pemain.

Sumber: Malaysia Football League | Facebook

 

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.