Siakap Keli

My Love My Baby, Comeback David Teo Selepas Lagu Kacang

PETALING JAYA – Susulan kejayaan lagu Kacang, Lagu Kawan Lama dan Lagu Besar Kepala yang pernah diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG), kini MIG kembali menerbitkan sebuah lagu yang berjudul My Love My Baby.

My Love My Baby ini sebuah lagu yang ditulis oleh Dai Fuad yang juga merupakan artis dibawah naungan MIG dan turut di bantu oleh Amy Ukays sebagai composer.

Sebagai makluman, lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan B5 yang turut dianggotai oleh Dai Fuad, Suhaimi Azmi, Chumiee dan Aaliyah Natasha serta penampilan khas David Teo. Pemilihan ahli dan penubuhan kumpulan ini dilihat berdasarkan bakat nyanyian yang ada pada artis dibawah naungan MIG.

Konsep lagu My Love My Baby ini merupakan sebuah konsep yang diinspirasikan hasil gabungan David Teo dan juga Amy Ukays sendiri. Selain mengetengahkan konsep latin, lagu ini juga turut membawa konsep baharu yang cuba disampaikan oleh B5.

Lebih menarik lagi, lagu ini merupakan sebuah lagu yang awalnya hanya dijadikan sebagai hiburan kepada diri sendiri, namun setelah lagu ini siap sepenuhnya, Dai Fuad melihat lagu My Love My Baby ini lebih dekat dan kerap terjadi di sekeliling kita pada masa kini iaitu sebuah perjalanan dan permulaan cinta.

CEO Metrowealth International Group, David Teo juga turut berharap agar lagu ini mendapat sambutan yang luar biasa dan boleh diterima oleh para pendengar. Walaupun lagu ini baru sahaja dilancarkan, tetapi lagu My Love My Baby sudah berada di beberapa platform digital seperti ITUNES, SPOTIFY, INSTAGRAM dan juga TikTok. Untuk Official Music Video, lagu ini mula ditayangkan secara rasmi di Akaun Youtube Metrowealth Pictures pada 12 November 2022 (Sabtu).

Amira

Love yourself.