Siakap Keli
Kredit: Bernama & Twitter

Viral Pengguna LRT Dari Gombak Didakwa Kena Turun Di Jelatek Pagi Tadi, Ini Jawapan Rapid KL

Selepas beberapa hari ditutup, pengguna LRT khususnya di 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya menarik nafas lega apabila laluan berkenaan diumumkan beroperasi semula sejak semalam.

Bagaimanapun pagi tadi, pengguna kembali ke media sosial sekali lagi untuk berkongsi situasi yang dihadapi mereka, dengan insiden tidak diingini melibatkan LRT.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Faizal (@faizalghazaly) mengadu mengenai situasi tersebut menerusi ciapannya di laman tersebut. 

Berdasarkan ciapannya, dia mendakwa ketika menaiki LRT daripada Stesen Gombak, dia bersama penumpang lain diarahkan untuk turun di Stesen Jelatek.

Kemudian katanya lagi, kekerapan LRT yang tiba di stesen tersebut juga turut dikurangkan menjadi setiap lima minit. Susulan itu, dia bertanya kepada RapidKL (@AskRapidKL) apakah yang sebenarnya terjadi kepada perkhidmatan LRT laluan tersebut.

Dalam tiga minit kemudian, pihak RapidKL menjawab persoalan yang diajukan oleh Faizal sebentar tadi dan memohon maaf di atas kesulitan yang perlu ditempuhinya.

”Maaf. Perkhidmatan salah satu kereta api perlu dihentikan di Jelatek kerana masalah teknikal,” kata Rapid KL dalam ruangan balasan.

 

Baru-baru ini, 16 stesen transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang sebelum ini digantung operasi, dibuka semula kepada penumpang pada 6 pagi dengan kekerapan tren tiba setiap tiga minit pada waktu puncak.

Setakat ini, laluan LRT Kelana Jaya dilaporkan kembali beroperasi secara normal dan tren yang bermasalah sudah dialihkan di stesen Damai dan diganti dengan tren baharu, lapor RapidKL menerusi Facebook.

Kredit: Facebook

Sumber: @faizalghazaly & @qolpitiyam via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.