Siakap Keli
Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: Offroaders/CNN/Trconrad2001/Flicker

Cetus Inspirasi Filem Silent Hill, Kenali Centralia, Bandar ‘Berhantu’ Yang Terbengkalai Sejak 42 Tahun Lalu

Cetus Inspirasi Filem Silent Hill, Kenali Centralia, Bandar ‘Berhantu’ Yang Terbengkalai Sejak 42 Tahun Lalu

Kita sering disajikan dengan pelbagai filem seram di dalam kaca televisyen mahupun di panggung wayang.

Setiap filem seram mempunyai keunikannya yang tersendiri yang mahu ditampilkan oleh pengarah kepada penonton.

Namun pernahkah anda terfikir landskap dan ilustrasi yang terdapat dalam filem kadangkala sebenarnya wujud dalam dunia sebenar. Menarik bukan?

Jika anda tidak percaya, SK kali ini akan kongsikan mengenai satu lokasi yang kelihatan sangat menyeramkan dan bagaikan tiada penghuni.

Dikenali sebagai Silent Hill atau pekan Centralia, ia merupakan sebuah pekan kecil yang jarang diketahui orang ramai. Apa yang terdapat di sebalik lokasi ini?

Terletak di Pennsylvania, di Negeri Colombia, Amerika Syarikat, pekan ini mempunyai sejarah hitam pada 1962 yang mengubah segala-galanya.

Gambar: Jenszi/Flicker

Pada Mei 1962, berlaku satu kebakaran di tapak lombong arang batu akibat sampah yang dibuang. Api marak dengan pantas ekoran bersumberkan arang batu yang terdapat di dalam lombong tersebut.

Walaupun kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak bomba, namun sumber mineral yang berada dalam lombong tersebut kekal aktif di bawah tanah. Selama berminggu-minggu, lombong itu membebaskan gas beracun dan panas ke persekitaran bandar melalui ruang bawah tanah rumah bahkan sehingga sekarang.

Menjelang awal 1980-an, kebakaran yang tercetus telah menyebabkan 200 ekar tanah terjejas dan membuatkan penduduk di sekitar kawasan itu terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat gas karbon dioksida yang semakin meningkat hingga mengancam nyawa.

Siapa yang menyangka kebakaran itu telah meninggalkan kesan selama dua dekad kemudian. Pelbagai usaha yang dijalankan bagi memastikan kawasan kembali menjadi seperti sediakala termasuk langkah menggali parit dan memadamkan api di kawasan.

Bagaimanapun semua usaha itu hanya menemui jalan buntu.

Kesan Kebakaran Lombong

Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: Offroaders

Akibat daripada kebakaran lombong tersebut, asap dan gas dioksida yang sentiasa terbebas ke udara hingga mengubah landskap kawasan itu seperti ia disumpah atau dilanda suatu malapetaka.

Difahamkan, penduduk di pekan itu mempunyai sekitar 1,100 orang pada awalnya namun semakin berkurangan sejak tahun 2005.

Hal ini kerana kerajaan persekutuan telah mengarahkan penduduk untuk berpindah daripada kawasan tersebut dan dijanjikan pampasan semula. Pun begitu, masih terdapat segelintir penduduk yang berdegil untuk tidak meninggalkan kawasan tersebut.

Sebelum detik hitam itu berlaku, Centralia merupakan kawasan komuniti yang maju dengan mempunyai pelbagai bangunan seperti hotel lima bintang, gereja, kedai, kedai barang kemas dan kira-kira 26 kedai salun.

Namun, Centralia kini tak ubah seperti sebuah pekan ‘berhantu’ dengan hanya beberapa penduduk yang kekal tinggal di pekan kecil itu. Kebanyakan rumah dan kedai yang tidak berpenghuni juga telah dirobohkan.

Seolah-olah berkabus, asap akibat kebakaran itu sehingga kini keluar dari kawasan tersebut. Difahamkan, kawasan itu akan terus kekal dalam tempoh 250 tahun dengan keadaan itu disebabkan sumber arang batu yang masih ‘aktif’.

Fakta Dan Landskap Pekan Centralia

1. Jalan Terbengkalai

Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: CNN

Dengan mempunyai beberapa sahaja kediaman yang masih berdiri teguh. Jelas pekan itu hanya terbiar dan bagaikan sudah sebati dengan alam. Kebanyakan kawasan dan fasiliti tidak terurus dengan baik sehingga menyaksikan keadaan papan tanda jalan, tangga dan banyak lagi fasiliti dalam keadaan yang teruk.

Selain itu, di selatan Centralia pula, hampir 1.6 kilometer (1 batu) sepanjang jalan raya 61 ditutup pada awal 1990-an. Hal ini kerana empat lorong jalan mengalami retak dan strukur jalan yang beralun hingga tidak sesuai digunakan oleh pengguna jalan raya.

Seperti berada di lokasi asing, itulah yang dapat digambarkan jika anda berada di Centralia.

2. Tanah Perkuburan Yang Banyak

Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: Trconrad2001/Flicker

Bukan sahaja dikenali dengan pekan berhantu, Centralia juga mempunyai banyak tanah perkuburan. Difahamkan, seorang pemandu yang melalui kawasan tersebut melihat tiga tanah perkuburan yang berlainan iaitu, Saint Ignatius, Saints Peter & Paul Ortodoks, dan Assumption of the Blessed Virgin Mary.

3. Persekitaran Yang Menyeramkan

Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: offroader

Kebakaran yang berlaku di bawah tanah bukan sahaja menjejaskan lombong tersebut, bahkan kawasan di sekitarnya turut terjejas. Difahamkan, tanah yang terdapat di lokasi itu sama sekali tidak sesuai untuk flora.

Oleh itu, kebanyakan akar pokok yang tumbuh di sekitar pekan tersebut mati dan diibaratkan hidup segan mati tak mahu di pinggir barat bandar.

Hanya bangkai pokok sahaja kekal berdiri seperti foto di atas yang menggambarkan suasana.

4. Filem Silent Hill

Pada 2006, sebuah filem seram yang berjudul Silent Hill telah ditayangkan kepada umum. Difahamkan, ramai orang menganggap filem itu mempunyai kaitan dengan peristiwa yang berlaku di Centralia.

Kenali Centralia Bandar 'Berhantu'
Gambar: New Game Plus

Sementara itu, pengarah filem itu, Roger Avary turut mengesahkan bahawa peristiwa yang berlaku di lokasi itu sentiasa berada di dalam kepalanya.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan orang ramai menganggap kawasan tersebut menyeramkan sehingga terkenal dengan pekan berhantu namun realitinya tidak.

Sumber: Amusing Planet, Centralia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?