MetMalaysia melaporkan satu insiden gempa bumi sederhana berkekuatan 5.4 magnitud berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia kira-kira 2.01 petang hari ini.
Difahamkan, pusat bagi insiden gempa bumi tersebut terletak pada latitud 4.8° S dan longitud 100.7° T pada kedalaman 10 kilometer.
Titik gegaran tersebut terletak pada 196km daripada bandar terdekatnya iaitu sekitar barat daya Bengkulu, Indonesia.
GB sederhana M5.4 berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada pukul 2:01 petang, 16 November 2022. Pusat gempa bumi terletak 4.8° S dan 100.7° T dengan kedalaman 10 km. 196km Barat Daya dari Bengkulu,Indonesia. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia pic.twitter.com/JNP2yRWTsF
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 16, 2022
Difahamkan, gempa bumi berkenaan tidak memberikan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. Sementara itu, Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) juga memaklumkan gempa bumi sederhana itu tidak berpotensi menghasilkan tsunami.
Bagaimanapun, BMKG mengingatkan para penduduk agar sentiasa hati-hati terhadap sebarang kemungkinan gempa bumi susulan yang mungkin terjadi, lapor CNN Indonesia.
Sumber: MetMalaysia & CNN Indonesia