Siakap Keli
Tular Video Ibu Masak Masakan Terkakhir
Gambar via SCMP

Hidap Kanser, Tular Rakaman Ibu Sempat Masak Juadah Terakhir Buat Anak Sebelum Meninggal Dunia

Sebuah video yang diambil oleh seorang lelaki China mengenai ibunya yang menghidap kanser sedaya upaya cuba untuk memasak makan malam untuk anaknya walaupun dalam keadaan sakit telah menjadi tular di media sosial China baru-baru ini. 

Menurut SCMP, video tersebut telah dimuat naik menerusi aplikasi Douyin oleh seorang lelaki bernama Deng yang juga merupakan anak kepada wanita tua itu dalam video tersebut dilihat ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur. 

Difahamkan, video tersebut dimuat naik menggunakan lagu latar belakangkan berjudul ‘Farewell’ yang terkenal di China bersama-sama kapsyen yang berbunyi ‘Ibu, berehat lah dengan tenang, tiada siapa yang akan mengalahkan saya lagi’. 

Deng berkata, ibunya merupakan seorang yang sangat kuat dan sangat berdikari telah disahkan menghidap kanser pada Februari tetapi tidak memberitahu keluarganya kerana tidak mahu mereka berasa bimbang. 

Walau bagaimanapun, dia tetap membiarkan Deng memnemaninya untuk melakukan rawatan kanser tersebut tanpa diketahui apa penyakitnya. 

Dalam pada itu, ibunya telah menjalani tiga kali rawatan kemoterapi dan walaupun ia menyakitkan dan memeritkan, dia tidak pernah sekali pun merungut. 

Selepas kali ketiga ibunya melakukan rawatan tersebut, dengan secara tiba-tiba ibunya bertanya kepada Deng makanan apa yang di teringin sekali mahu makan. 

“Dia meminta saya pergi ke pasar bersamanya dan kami membeli kelp, kentang dan juga daging. Pulang ke rumah, dia pergi ke dapur untuk mula memasak. 

“Semasa dia sedang memasak di dapur, saya tunggu di ruang tamu rumah sambil mengalirkan air mata melihatnya dari belakang. Dia sangat lemah ketika itu, tetapi dia masih sudi memasak untuk saya. 

“Dia dilihat letih dan tercungap-cungap selepas memasak, oleh itu dia berehat agak lama selepas itu,” jelas Deng. 

Menurut Deng juga, itu merupakan hidangan terakhir yang disediakan oleh ibunya dan rasanya sama seperti masakan-masakan mereka sebelum ini.

Video tersebut telah berjaya menarik perhatian orang ramai hingga berjaya mendapat 800,000 tanda suka di aplikasi Douyin dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan positif kepada Deng. 

BACA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

BACA JUGA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

Sumber: SCMP

Faiz Mustafa