Jangan Cuba “Search” 10 Perkara Ni Kat Google Kalau Tak Kuat Semangat & Taknak “Overthinking”
Seperti yang kita ketahui, aplikasi Google sememangnya popular di seluruh dunia kerana menyediakan medium pencarian maklumat kepada pengguna. Tidak sah sekiranya setiap peranti elektronik atau mana-mana gajet tidak mempunyai aplikasi itu.
Google boleh dianggap seperti ‘otak’ kerana mengandungi maklumat secara infiniti di seluruh dunia. Hal ini kerana, setiap orang dapat mengetahui dan mendapat maklumat hanya di hujung jari mereka sahaja.
Hanya dengan menaip papan kekunci atau keyboard, perkara yang anda mahukan sekelip mata sahaja terpampang pada kaca skrin.
Namun, pernahkan anda terfikir sepanjang penggunaan Google, perkara yang tidak perlu anda mencarinya dan mengundang bahaya?
Bagi mereka yang tertanya-tanya apakah perkara itu, mari kita ikuti 10 perkara yang tidak patut anda cari di Google.
10 Perkara Yang Patut Anda Elakkan di Google
1. Huntsman spider

Sekiranya anda seorang arachnophobia, jangan sesekali mencari perkataan Huntsman spider kerana ia akan memaparkan gambar seekor labah-labah besar yang kelihatan mengerikan.
Menurut Live Science, Huntsman spider atau dikenali sebagai tarantula itu berukuran 2.5 cm dengan panjang kaki melebihi 12.7 cm. Bagaimanapun, kakinya difahamkan mampu mencapai panjang sehingga 30 cm (12 inci).
Ia cukup besar untuk seekor labah-labah.
2. Pressure Cooker Bombs dan Backpacks
Pada tahun 2013, seorang lelaki yang berasal dari Suffolk, telah mencari beberapa patah perkataan di Google, iaitu Pressure Cooker Bombs dan Backpacks dengan menggunakan komputernya di rumah.
Apa yang mengejutkan adalah pegawai polis tiba di kediamannya berhubung tindakan yang dilakukannya itu. Selepas siasatan dilakukan, pihak polis mengesahkan bahawa lelaki itu hanya ingin mencari tahu di aplikasi tersebut dan bukan diklarifikasikan sebagai penjenayah.
Perkataan tersebut dipercayai seperti kod atau membawa maksud yang berunsurkan keganasan. Jadi, jangan sesekali mencubanya di Google sekiranya tidak mahu pintu rumah anda diketuk oleh pihak berkuasa.
3. Botfly Removal

Dalam hasil carian ini, mungkin anda akan merasa ‘kembang tekak’ kerana ia memaparkan seorang lelaki mengeluarkan serangga parasit dari kulitnya. Bagi mereka yang tidak menyukai serangga kecil ini, ia semestinya tidak disarankan untuk dilihat.
Dalam erti kata lain, carian ini akan membuatkan anda ‘geli’ melihat sejenis ulat daripada lalat parasit.
Menurut, ThoughtCo, parasit ini berasal dari lalat parasit yang tergolong dalam keluarga Oestridae. Ia adalah sejenis parasit yang tinggal bersama perumah (mahkluk hidup seperti haiwan atau manusia). Bagi parasit yang suka ‘bertapak’ pada manusia dikenali sebagai jenis Dermatobia hominis.
Bagi mereka yang trauma melihat serangga parasit seperti di atas tidak disarankan untuk mencari tahu.
BACA: Selalu Nampak Depan Pintu? Ini Sebab Penganut Hindu Buat Hiasan Kolam Ketika Deepavali
4. Mouth Larva

Awasi papan kekunci anda sewaktu menaip mouth larva kerana visual yang bakal terpampang di kaca gajet anda berkemungkinan sesuatu yang boleh menghilangkan selera makan.
Hal ini kerana anda mungkin akan disajikan dengan penampakan larva yang merayap-rayap di celah-celah gigi manusia. Hampir menyerupai botly removal namun kali ini sedikit berbeza kerana ia berlaku di dalam mulut manusia.
Melihatnya sahaja membuatkan anda seolah-olah kembang tekak.
5. Insider trading in an international account
Kisah ini berlaku pada Julai 2017 apabila seorang penyelidik ditahan oleh pihak polis. Dia dipercayai terlibat dalam melakukan perdagangan secara rahsia menerusi akaun antarabangsa.
Penyelidik itu dikenakan hukuman atas pertuduhan membeli saham dalam jumlah yang besar selepas mencari perkataan tersebut.
Difahamkan, pendakwa raya persekutuan mendakwa individu itu telah memperolehi sejumlah $120,000 (RM550,416) keuntungan secara haram menerusi perdagangan sebuah syarikat dan dia telah dihadapkan atas tiga pertuduhan.
Percaya atau tidak? Hanya dengan menaip perkataan ini, anda mungkin orang seterusnya yang bakal menerima nasib yang sama.
6. Bedbugs

Mengetahui kitaran atau jangka hayat kutu (serangga kecil) secara asas sudah memadai. Namun, mempelajarinya secara lebih terperinci berkemungkinan akan membuatkan anda ‘sentiasa berfikir’.
Hasil carian ini akan membawa anda ke dunia makhluk ini sehingga membuatkan anda berasa kutu sentiasa bersembunyi di katil atau tempat tidur
Menurut Mayoclinic, kutu merupakan sejenis serangga penghisap darah yang tidak bersayap. Meskipun mahluk itu bertubuh kecil namun ia boleh membuatkan sesetengah orang menderita menerusi alahan terhadap kulit. Serangga ini seringkali bersembunyi di celah-celah katil dan aktif pada waktu malam.
Oleh itu, bagi mereka yang takut dan trauma akan serangga kecil ini, tidak digalakkan untuk mencari tahu sekiranya tidak mahu waktu tidur anda terganggu akibat sentiasa memikirnya.
7. Things People Have Found in Fast Food
Makanan segera atau fast food sememangnya digemari ramai orang. Jika anda salah seorang penggemar makanan ini, berkemungkinan nafsu makan anda akan berkurangan menaip perkataan itu di Google.
Dalam carian ini, kebanyakan orang mendakwa bahawa anda akan menemui perkara yang tidak pernah dibayangkan terkandung dalam makanan segera sebelum ini.
Jika anda seorang penggemar tegar makanan segera, tidak disarankan untuk mengetahui maksud tersirat di sebalik perkataan itu.
8. Belly button bugs
Umumnya, pusat (terletak pada bawah perut) merupakan bahagaian badan yang bersambung dengan tali pusat sewaktu berada dalam kandungan ibu.
Namun, siapa menjangkakan Belly button bugs mendedahkan perkara yang dipercayai tidak diketahui ramai. Makna disebalik perkata ini akan membawa anda ke dunia mikroorganisma kerana mendedahkan lubuk bakteria.
Para saintis berpendapat, pusat disifatkan sebagai ‘hutan hujan bakteria’ kerana ia antara kawasan yang paling kurang terdedah dan jarang dibersihkan oleh manusia.
Tambahan lagi, dalam laporan News Medical mendedahkan bahawa penyelidik menemui 1,400 bakteria dalam pusat manusia.
Sementara itu, dalam satu kajian Biodiversiti Belly Button turut menemui sebanyak 662 jenis bakteria yang tidak dikenali berada pada bahagian tubuh manusia itu.
Sekiranya anda ‘lemah’ dengan kotoran, elakkan.
9. ‘L-Cysteine in food’

Tahukah anda ‘L-Cysteine in food‘ ini mampu membuatkan anda muntah sekiranya mengetahui perkara sebenar. Jadi apakah kebenaran di sebalik perkataan di atas?
L-Cysteine merupakan sejenis asid amino yang digunakan di dalam sejenis roti secara komersial. Dipercayai, kandungan yang digunakan dalam asid itu terdiri daripada bahan yang menjijikkan seperti rambut manusia yang dikutip di kedai salun.
Dengar sahaja pun mampu membuatkan selera hilang apatah lagi jika melihatnya. Oleh itu, anda tidak disyorkan untuk menelaah perkara itu secara atas talian.
10. Calculus Bridge
Tidak dinafikan aspek kebersihan menjadi aspek penting dalam kehidupan harian. Apabila sebut mengenai Calculus Bridge, mungkin ramai menganggap bahawa ia subjek di sekolah atau universiti.
Sebenarnya, ia jauh terpesong daripada apa yang anda fikirkan, Calculus Bridge merupakan satu pembentukan plak pada gigi. Jika tidak dirawat dengan segara, ia boleh menjadi semakin keras hingga menyebabkan mulut anda berbau dan gusi semakin mengecut.
Lantaran itu, mereka yang ‘geli’ dengan perkara ini seboleh-bolehnya jangan beranikan diri anda untuk melihat.
Sumber: CNET, LiveScience, ThoughtCo, Mayoclinic, News Medical