Rakyat Malaysia bakal melalui satu lagi pilihan raya umum dan PRU-15 kali ini merupakan kali pertama Undi18 dijalankan. Justeru, dengan bertambahnya jumlah pengundi baharu, maka akan timbul banyak persoalan menjelang hari pengundian Sabtu ini.
Menerusi media sosial, pelbagai soalan yang dikemukakan oleh anak-anak muda seperti pakaian apa yang dibenarkan untuk memasuki tempat pengundian, prosedur dan sebagai.
Melihat dari sudut positif, ini adalah satu tanda yang baik apabila ramai anak muda menunjukkan minat untuk menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai seorang rakyat Malaysia.
Namun begitu, tersebar dakwaan yang mengatakan kertas undi kotor yang terkena dakwa cop petugas SPR akan ditolak dan tidak dikira. Benarkan dakwaan tersebut?

Perkara ini bukan sahaja menimbulkan tanda-tanya kepada para warganet, malah mencetuskan rasa paranoid dalam kalangan pemilih pendaftar yang bakal membuang undi pada 19 November ini.
Untuk menjernihkan suasana, sebuah akaun TikTok (@akademipilihanraya_spr) telah menjawab persoalan rakyat dengan memberikan penerangan yang cukup komprehensif.
Pada awal video, pihak @akademipilihanraya_spr menunjukkan bagaimana kertas undi boleh menjadi kotor akibat cop petugas.
Biasanya kotoran dakwa cop berkenaan boleh terkena pada ruangan kotak pangkah akibat kertas undi dilipat dengan cara yang salah.

Secara ringkasnya, Tiktok berkenaan menjelaskan bahawa kertas undi berkenaan DITERIMA dan TIDAK DITOLAK hanya kerana terkena kotoran dakwat cop petugas tersebut. Undi yang diberikan kepada calon dalam kertas undi kotor tersebut tetap akan dikira memandangkan kotoran tersebut berlaku disebabkan kesilapan ketika melipat kertas undi berkenaan.
Berdasarkan Peraturan Perjalanan Plihan Raya 1981, Peraturan 25(8) iaitu, Ketua Tempat Mengundi (KTM) tidak boleh menolak jika terdapat penandaan yang jelas oleh pengundi dan jelas calon yang diundinya.

Pegawai tersebut juga menunjukkan cara yang tepat bagi melipat kertas undian yang meminta agar para petugas untuk melipat dengan cara ditunjukkannya. Ini adalah untuk mengelakkan kertas undi menjadi kotor dan mencetuskan kontroversi sewaktu pengiraan undi dijalankan.
Untuk melihat kaedah melipat kertas undi yang betul, anda boleh menonton video ini:
@akademipilihanraya_spr Kertas Undi KOTOR pulaaakkk…!!!
♬ original sound – Akademipilihanrayaspr – Akademi Pilihan Raya (APR)
Sumber: @akademipilihanraya_spr via TikTok