Siakap Keli
Lelaki Cerai Isteri
Gambar: Pixabay

Lelaki Fail Penceraian, Dakwa Isteri Terlalu Taasub Dengan Anjing Peliharaan Hingga Anggap Sebagai Anak

Lelaki Fail Penceraian, Dakwa Isteri Terlalu Taasub Dengan Anjing Peliharaan Hingga Anggap Sebagai Anak

Seorang lelaki yang juga merupakan seorang suami bertindak mengfailkan penceraian terhadap isterinya selepas mendakwa wanita terlalu taasub dengan anjing peliharaannya dan mempunyai beberapa kelakuan yang tidak masuk akal. 

Memetik Mothership, lelaki itu telah memfailkan perceraian dengan alasan tersebut dan untuk makluman, di Singapura undang-undang perceraian telah mengiktiraf tingkah laku tidak masuk akal sebagai salah satu daripada empat sebab lain untuk permohonan penceraian.

Difahamkan, lelaki itu telah memfailkan prosiding penceraian pada Julai 2020 dan cuba untuk membuktikan bahawa isterinya itu berkelakuan tidak masuk akal dan kini mereka sudah pun tidak hidup sebagai pasangan sejak 2013 lagi. 

Terdapat juga beberapa alasan lain kenapa lelaki tersebut bertindak demikian antaranya adalah isterinya mempunyai masalah panas baran dan suka menuntut perkara yang tidak munasabah, tidak membenarkan suaminya meneruskan hidup tanpanya dan beberapa lagi alasan lain. 

Dalam pada itu, sebagai sokongan untuk membantu kesnya di mahkamah, lelaki tersebut telah pun mengemukakan bukti dalam bentuk 300 muka surat salinan teks perbualan mereka dalam tempoh dua tahun sebelum dia menfailkan kes penceraiannya. 

Antara bukti yang dikemukakan adalah isterinya itu terlalu taksub dengan anjing peliharaan dan menganggapnya sebagai anak. Pasangan tersebut tidak memiliki cahaya mata.

Menurut Mothership lagi, mereka tidak lagi tinggal bersama selepas pasangan lelaki itu pulang ke rumah ibu bapanya. 

BACA: “Weh Anak Gajah Dah Datang,” Jadi Tradisi Toksik Sejak Dulu, Ini Antara Buli Lisan Yang Sering Dianggap ‘Gurauan’

BACA JUGA: “Sampai 85% Kena Potong,” 150 Peniaga “Online” Dicari Pihak Tertentu, Ada Kaitan Dengan RM60,000

Sumber: Mothership

Faiz Mustafa