Setelah Tiga Kali Ditangguh, NASA Akhirnya Berjaya Lancar Roket Gergasi Ke Bulan
FLORIDA — National Aeronautics and Space Administration (NASA) hari ini telah berjaya melancarkan roket gergasi paling berkuasa ke bulan pada jam 1.47 pagi waktu tempatan selepas beberapa kali ditangguhkan sebelum ini.
Memetik BBC News, misi Artemis 1 memperlihatkan pelancaran roket besar yang dikenali sebagai Megaroket Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) untuk menghantar kapsul Orion mengelilingi belakang bulan.
BACA: Dijangka Terbang Lebih Sebulan, Ini Fakta Menarik Mengenai Misi ‘Roket Gergasi’ Artemis 1 Milik NASA
Bagaimanapun, pelancaran itu tidak membabitkan mana-mana manusia.
Difahamkan, Agensi Sains Amerika Syarikat berharap pihaknya dapat menghantar semula angkasawan ke permukaan bulan menjelang tahun 2025.
Untuk pengetahuan, Orian mampu terbang lebih jauh berbanding mana-mana kapal angkasa sebelum ini termasuk tiga angkasawan Apollo 13 pada tahun 1970.
Dianggarkan, kapsul itu mampu menjangkau 280,000 batu (450,000 kilometer) dari bumi dengan menggunakan ‘suntikan’ trans-lunar dan ia akan terbang selama lebih sebulan.
Tambahan lagi, Misi Artemis 1 merupakan roket paling berkuasa dan pertama kali menggunakan tenaga solar dalam sejarah pembinaan NASA.
Dari segi luaran, ia berukuran lebih 200 kaki tinggi dan diapit dua penggalak yang menggunakan 2.76 liter hidrogen cecair supercooled serta cecair oksigen bagi menggerakkannya.
Terdahulu, misi Artemis 1 pertama kali ditunda pada penghujung Ogos lalu akibat masalah teknikal manakala pelancaran kali kedua pada awal September lalu turut gagal selepas mengalami kebocoran bahan api.
Pelancaran kali ketiga juga terpaksa ditangguh susulan ribut tropika Ian yang melanda pada akhir September lalu.
We are going.
For the first time, the @NASA_SLS rocket and @NASA_Orion fly together. #Artemis I begins a new chapter in human lunar exploration. pic.twitter.com/vmC64Qgft9
— NASA (@NASA) November 16, 2022
LIVE NOW: The #Artemis era of exploration begins today with @NASAArtemis I, the first integrated test flight of the rocket and spacecraft that will bring humanity to the Moon. Watch @NASA_SLS and @NASA_Orion embark on their first voyage. https://t.co/Ngak08VFb0
— NASA (@NASA) November 16, 2022
The @NASA_SLS rocket has reached main engine cutoff, or MECO, in the mission timeline. The RS-25 engines have powered off and the core stage has separated. @NASA_Orion is now in orbit. pic.twitter.com/OlnxhFAlET
— NASA (@NASA) November 16, 2022