Siakap Keli
Sumber: Level Fitness

Tak Mahu Ada Yang Terjebak Dengan Jenayah, Pemuda Dedikasikan Hidup Ajar Kanak-kanak “Flipping” & Gimnastik

Tak Mahu Ada Yang Terjebak Dengan Jenayah, Pemuda Dedikasikan Hidup Ajar Kanak-kanak “Flipping” & Gimnastik

Flipping adalah salah satu teknik yang dipelajari oleh seorang ahli gimnastik. Teknik ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia tetapi memerlukan seorang jurulatih untuk mempelajari teknik tersebut dengan betul supaya tidak tersilap langkah.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan seorang jurulatih gimnastik dan guru akrobatik dari Afrika, Eries yang mengajar kanak-kanak di Afrika cara untuk melakukan flipping.

Namun begitu, tujuan pemuda tersebut menurunkan ilmunya kepada kanak-kanak setempat berjaya mencuri tumpuan dan amat menyentuh hati banyak pihak.

Katanya, kehidupan di Uganda sangat sukar dan ramai yang mudah untuk terlibat dengan jenayah di usia muda. Jadi dia mengajar kanak-kanak tersebut melakukan flipping bagi untuk menjauhkan diri mereka daripada terlibat jenayah dan pada masa yang sama mendapat pendidikan yang betul.

Kredit: Level Fitness

Menerusi video tersebut dapat dilihat mereka menggunakan beberapa alatan terpakai seperti tayar, beg pasir dan tikar lama untuk dijadikan alas. Menurut Eries, mereka menggunakan tayar sebagai ganti kepada papan spring atau anjakkan kerana ia akan memberikan lantunan yang baik kepada pelompat.

Menerusi video itu, dapat dilihat deretan pelajarnya, sama ada lelaki mahupun perempuan, memperagakan baka-bakat flipping masing-masing. Malah, sebahagian gerakan yang ditunjukkan dalam video tersebut sangat profesional dan persis atlet gymnastik yang sedang bertanding.

Eries berkata, pelajar-pelajarnya sentiasa dibekalkan motivasi untuk terus bangkit sekiranya mereka melakukan kesilapan atau gagal melakukan flipping dengan baik. Jadi, tak hairanlah ada di antara mereka memasang angan-angan untuk melakukan flipping di pentas yang lebih tinggi dan berprestij, seperti Sukan Olimpik.

https://www.facebook.com/watch/?v=504314961313373

Perkongsian tersebut menerima pelbagai komen daripada netizen yang ternyata kagum dengan kesungguhan dan bakat yang dipertontonkan oleh kanak-kanak tersebut. Mereka turut mendoakan semoga peluang untuk mereka menyinar tiba satu hari nanti.

 

Sumber: Level Fitness via Facebook

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.